Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Umum

Ahli Hadis Terkemuka

AL’ALLAMAH al Muhaddith al Syarif Sayyid Abdul Aziz al Siddiq al Ghumari al Idrisi al Hasani [ العلامة المحدث الشريف السيد عبد العزيز الصديق الغماري ] dilahirkan di Tanjah, Maghribi pada 1338 Hijrah bersamaan 1918 Masihi daripada keluarga al Siddiq yang masyhur dengan keilmuan dan ketakwaan. Nasab yang penuh ialah Abdul Aziz bin Muhammad bin al Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin al Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mu’min bin Ali bin al Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa’id bin Mas’ud bin al Fudhail bin Ali bin Umar bin al ‘Arabi bin ‘Allal bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Idris bin Idris bin Abdullah al Kamil bin al Hasan al Muthanna bin al Hasan al Sibt bin Ali dan Fatimah al Zahra’ binti Rasulullah SAW. Bapanya Sayyid Muhammad al Siddiq merupakan salah seorang ulama dan wali Allah yang masyhur.

Karamat Para Sahabat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN KEISTIMEWAAN Rasulullah SAW dan karamat para wali adalah jenis yang sama dari aspek hukum dan naqal (periwayatannya), yakni kita tidak perlu bersikap ketat dan tegas dalam meriwayatkannya sebagaimana yang dilakukan dalam soal hukum halal dan haram. Keistimewaan dan karamat hanya berkisar di sekitar manaqib (biografi) seseorang dan kelebihannya. Oleh sebab itu, pendirian Sheikh Ibnu Taimiyyah ( ابن تيمية ) mengenai karamat para wali, sama dengan pendiriannya tentang keistimewaan Nabi Muhammad. Bahkan, beliau juga mengutip dan menaqalkan di dalam kitab-kitabnya, sejumlah contoh karamat para wali dan perkara-perkara yang mencarik adat yang pernah terjadi pada permulaan Islam (zaman sahabat r.a). Jika kita mengkaji tentang darjat hadis-hadis yang menyebut mengenai perkara tersebut, sanad-sanad dan jalan-jalan penetapannya, nescaya kita akan mendapati antara hadis-hadis itu ada yang sahih, hasan dan daif - الضعيف ; d

Rumusan Tentang Syafaat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN SEORANG Muslim hakiki tidak akan berpegang bahawa orang yang diminta tolong atau yang dipohon itu berkuasa melakukan sesuatu, atau meninggalkannya, tanpa keterlibatan Allah, secara langsung atau tidak. Dengan iktikad adanya keterlibatan Allah, adakah dia masih lagi dekat kepada mensyirikkan Allah? Kita berlindung dengan Allah daripada menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik atau kafir, hanya kerana suatu kesalahan, atau kejahilan, atau mungkin kerana lupa, atau kerana melakukan ijtihad (yang salah). Kita katakan: Kalaupun kebanyakan mereka salah dalam mengungkapkan kata-kata ketika memohon keampunan, syurga, kesembuhan dan pelepasan daripada Rasulullah SAW secara langsung; namun tauhid mereka tidak boleh turut dipersalahkan atau disesatkan. Ini kerana maksud mereka yang sebenar hanya untuk mendapatkan pertolongan kepada Allah melalui perantaraan wasilah tersebut. Seolah-olah mereka mengatakan, “Wahai Rasulullah! Pohonkanla

Meminta Pertolongan Daripada Sesama Makhluk

DALAM pensyariatan solat al-Khauf ( الصلاة الخوف ) yang sabit melalui al-Quran dan sunnah disyariatkan supaya saling tolong menolong. Demikian juga dalam perintah Allah SWT ke atas orang-orang Mukmin supaya mengambil sikap berhati-hati dengan serangan musuh mereka. Perintah meminta pertolongan kepada makhluk ini turut dinyatakan dalam galakan Rasulullah SAW agar orang Mukmin saling membantu memenuhi hajat dan keperluan saudaranya, memudahkan kesusahan orang lain dan membantu melepaskan suatu bebanan. Bahkan, ia terdapat dalam peringatannya daripada melalaikan amalan tersebut. Hal-hal seperti ini banyak terdapat dalam sunnah. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya pula. Telah meriwayatkan Muslim dan Abu Daud serta lain-lainnya daripada Rasulullah SAW bersabda: "Allah sentiasa membantu hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya yang lain. Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesungguhnya Allah mempun

Memohon Kepada Selain Allah SWT

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN BULAB Rejab adalah salah satu bulan suci dalam Islam. Antara yang istimewa mengenai bulan ini ialah kerana berlakunya peristiwa besar Israk dan Mikraj dalam. Pada bulan Rejan kita digalak meningkatkan amalan sebagai persiapan kedatangan Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Allah SWT kerana memperuntukkan keistimewaan hari-hari dan bulan-bulan tertentu yang mampu mengejutkan kita yang leka dengan rutin harian. Menyambung bicara tentang syafaat, sepotong hadis yang berkaitan dengannya adalah: “Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah”. (sebahagian hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disahihkannya daripada Ibnu Abbas r.a secara marfu’) Masalahnya, ramai umat manusia yang salah faham tentang hadis ini. Mereka memahami hadis ini dengan maksud, tidak boleh meminta dan juga memohon pertolongan secara mutlak walau dengan apa cara dan ja

Syafaat Nabi Sesudah Wafat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah - استغاثة (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul - توسل ; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka. Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh. Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda

Memohon Bantuan Nabi Muhammad SAW

TELAH disebutkan dalam perbahasan lalu, sesungguhnya kita mempercayai dengan keyakinan yang kuat, tanpa syak dan ragu bahawa asal atau dasar dalam memohon suatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan ialah ditujukan hanya kepada Allah SWT. Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan. Allah SWT berfirman: Dan Tuhan kamu berfirman, “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (al-Mukmin: 60) وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (٦٠) Daripada ayat ini dapat difahami, bahawa sesiapa yang meminta pertolongan daripada seseorang makhluk atau menyerunya atau memohon kepadanya atau meminta kepadanya, sama ada makhluk itu masih hidup atau telah mati dengan keyakinan bahawa makhluk itu mampu memberikan manfaat atau menolak kemudaratan dengan kekuatannya sendiri, tanpa ada kaitan dengan Allah maka dia dikira telah menyekutukan Allah SWT. Meski

Allah SWT Penolong Hakiki

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN APABILA kita katakan adalah dibenarkan memohon syafaat daripada Nabi SAW, ini tidak menafikan kepercayaan kita dengan keyakinan yang kuat dan lazim, tanpa syak dan ragu bahawa asal sesuatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan itu hanyalah kepada Allah SWT. Pada hakikatnya, Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan. Prinsip ini ditegaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah; yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia. (Yunus: 106-107) وَلا تَدْعُ

Istighozah Satukan Umat

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN PERSIS berada di Padang Mahsyar. Begitulah suasana Istighozah kubra di Masjid Agung An-Nur, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Jumaat lalu. Ia apabila lautan manusia yang majoritinya berjubah putih berkumpul di pekarangan masjid tersebut. Sejak Subuh lagi, umat Islam di situ berkumpul beramai-ramai untuk bermunajat kepada Allah SWT supaya dipelihara daripada segala mara bahaya dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh tiga qari terkenal Indonesia diketuai oleh Kiai Prof. Dr. Said Aqil Hussein Munawwar yang juga bekas Menteri Agama Indonesia. Turut hadir, Kiai Dr. Nur Muhamad Iskandar dan Gabenor Riau, Dr. H.M. Rusli Zainal. Rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir turut dijemput ke majlis ini. Alunan ayat suci al-Quran itu amat mengasyikkan apabila mereka secara bergilir-gilir membacanya dengan bertarannum. Dimulakan denga

Syafaat Nabi Bagi Ibnu Taymiyyah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN JIKA pada minggu lepas kita telah menghujahkan tentang keharusan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di dunia, ketika Baginda SAW masih hidup, kita juga menegaskan bahawa boleh memohon syafaat daripada Nabi Muhammad SAW setelah Baginda SAW wafat. Hal ini bersesuaian dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, bahawa para Nabi AS tetap hidup di alam barzakh. Nabi Muhammad SAW sudah pasti adalah Nabi yang paling sempurna dan besar mendapat kurniaan tersebut. Baginda SAW mendengar perkataan umatnya, dan kepadanya diperlihatkan perbuatan mereka. Baginda SAW juga memohonkan keampunan kepada Allah bagi dosa-dosa mereka dan memuji Allah (atas amalan baik umatnya). Selawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya juga sampai kepadanya, meskipun mereka berada di penghujung dunia yang paling jauh, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadis-hadis sohih yang diakui oleh sejumlah penghafaz dan ahli hadis. Jika kita memohon syafaat daripada Ras

Sahabat Mohon Syafaat Nabi Saw

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN SYAFAAT iaitu perbuatan memohon bantuan dan pertolongan yang menjadi isu di sisi sesetengah orang jika dilakukan kepada selain daripada Allah SWT bukan isu yang sengaja diada-adakan. Perkara ini pernah ditimbulkan oleh seorang pelajar dari negara Arab dalam satu majlis yang dianjurkan. Pelajar terbabit dengan tegas telah menegur apabila terdengar ada kata-kata berunsur memohon syafaat Nabi SAW. Mari kita melihat bagaimana sikap para sahabat dalam hal ini. Terdapat hadis yang menegaskan bahawa beberapa orang sahabat telah meminta syafaat daripada Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah mengatakan: “Bahawa meminta syafaat daripadaku adalah syirik. Maka pohonlah terus daripada Allah dan jangan sesekali kamu menyekutukan Tuhan kamu dengan sesuatu.” Sebagai contoh, Anas ibnu Malik r.a ( أنس بن مالك ) pernah berkata: “Wahai Nabi Allah! Syafaatkanlah aku pada hari Kiamat.” Maka Rasulullah bersabda: “Aku akan melakukannya.” (riwayat al-Ti