Susunan SITI AINIZA KAMSARI MENURUT satu catatan, apabila Abdullah bin Ubay mendapat tahu mengenai ayat-ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu yang mencela perbuatan munafiknya, salah seorang kawannya berkata kepadanya: “Pergilah kamu meminta maaf dan ampun dari Rasulullah supaya baginda mengampuni kesalahan kamu.” Tetapi tahukah anda apa yang dijawab oleh Abdullah bin Ubay ini? “Sekiranya kamu memerintahkan aku percaya kepada Muhammad, aku sudah pun percaya. Sekiranya kamu memerintahkan aku memberikan hartaku kepadanya, aku sudah memberikannya. Maka tidak ada apa lagi yang tinggal sekarang, melainkan kamu meminta supaya aku sujud kepada Muhammad? Sama sekali tidak.” Demikian kata-kata angkuh dan sombong Abdullah bin Ubay sambil mengejek Rasulullah. Dalam sebuah kisah yang lain, anaknya, Khubab menemui baginda yang ketika itu sedang minum bagi melepaskan dahaga. Khubab pun berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah, tidakkah tuan sudi meninggalkan sedikit air yang