Semua sedia maklum bahawa kita telah mempunyai banyak jenis penerbitan versi Hadis 40 Imam Nawawi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, sama ada dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Arab atau Inggeris. Bagaimanapun, kita belum menemui edisi hadis 40 yang bergambar. Walau pun ada sebahagian ulama yang mengharamkan semua jenis gambar, terutama gambar benda-benda bernyawa, namun ada sebahagian ulama yang mengharuskannya. Sebabnya gambar bercetak di atas permukaan dua dimensi (2D) tidak berbayang dan tidak sama dengan patung atau berhala yang bersifat tiga dimensi (3D). Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya, di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan hadis 40 ini diiringi dengan gambar, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta menjelaskan lagi huraian hadis. Pendekatan ini boleh menarik minat para pencinta fotografi dan grafik khasnya, dan pencinta seni amnya, untuk menghafal,