Skip to main content

Hadis 40 Imam Nawawi Versi Bergambar




Semua sedia maklum bahawa kita telah mempunyai banyak jenis penerbitan versi Hadis 40 Imam Nawawi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, sama ada dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Arab atau Inggeris.

Bagaimanapun, kita belum menemui edisi hadis 40 yang bergambar. Walau pun ada sebahagian ulama yang mengharamkan semua jenis gambar, terutama gambar benda-benda bernyawa, namun ada sebahagian ulama yang mengharuskannya.

Sebabnya gambar bercetak di atas permukaan dua dimensi (2D) tidak berbayang dan tidak sama dengan patung atau berhala yang bersifat tiga dimensi (3D).

Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya, di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan hadis 40 ini diiringi dengan gambar, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta menjelaskan lagi huraian hadis.

Pendekatan ini boleh menarik minat para pencinta fotografi dan grafik khasnya, dan pencinta seni amnya, untuk menghafal, memahami, menghayati dan mengamalkan kandungan hadis 40, berlatar belakangkan pemandangan yang indah dan penuh simbolik.

Pendekatan ini juga membuktikan bahawa segala hasil karangan, ciptaan dan gubahan yang indah seperti foto, lukisan, kartun dan sebagainya, boleh berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.

Kita mahu lari daripada pandangan umum bahawa bahan-bahan seumpama itu sering melalaikan dan menyebabkan pembaziran, atau cuma dipergunakan oleh massa untuk hiburan yang melalaikan dan berunsur maksiat semata-mata.

Walaupun begitu, kami tidak sekali-kali mengetepikan kepentingan matan dan teks hadis 40. Sebab itu dalam masa yang terdekat, kami juga akan menerbitkan versi Hadis 40 Imam Nawawi yang mengandungi teks dan huraian sahaja, tanpa gambar.

Adalah diharap, dengan penerbitan versi hadis 40 bergambar ini, akan bertambah lagi bahan ilmiah untuk bacaan dan koleksi umat Islam di negara ini khasnya dan di dunia amnya.

Sumber: Utusan Malaysia. Jumaat. 25/3/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para