Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi (الإمام أبي زيد الدبوسي). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah.
Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [القواعد الكرخي]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h.
Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah (القواعد الفقهية) yang masyhur ialah:
1. Kitab [قواعد الأحكام في مصالح الأنام] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie (الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [القواعد الكبرى] dan satu lagi dinamai [القواعد الصغرى].
2. Kitab [أنوار البروق في أنواء الفروق] atau masyhur dengan nama [كتاب الفروق] oleh Imam Syihabuddin Ahmad bin Idris al-Qurafi al-Maliki (الإمام شهاب الدين أحمد بن إدريس القرافي المالكي). Wafat tahun 684H.
3. Kitab [الأشباه والنظائر] oleh Imam Sadruddin Muhmmad bin Umar al-Syafie dikenali Ibnu Wakil dan Ibnu Murahil (الإمام صدر الدين محمد بن عمر الشافعي الشهير بابن الوكيل وبابن المرحل). Wafat tahun 716H.
4. Kitab [القواعد] oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Muqri al-Maliki (أبي عبد الله محمد بن محمد بن أحمد المقري المالكي). Wafat tahun 758H. Kitab ini mengumpulkan 1200 kaedah.
5. Kitab [الأشباه والنظائر] oleh Imam Tajuddin Abdul Wahab bin Ali al-Subki (الإمام تاج الدين عبد الوهاب بن علي السبكي الشافعي). Wafat tahun 771H.
6. Kitab [المنثور في ترتيب القواعد الفقهية] oleh Imam Badruddin Muhammad bin Abdullah al-Zarkasyi (الإمام بدر الدين محمد بن عبدالله الزركش). Wafat pada tahun 794H. Beliau telah menyusun sebanyak 1000 bait bagi memudahkan untuk menghafalnya.
7. Kitab [تقرير القواعد وتحرير الفوائد] oleh Abi Faraj Abdul Rahman bin Rejab al-Hanbali (أبي الفرج عبد الرحمن بن رجب الحنبلي). Wafat pada tahun 790H. Ditahqiq oleh Syeikh Hamid al-Fiqi (الشيخ حامد الفقي) dibawah tajuk kitab [القواعد في الفقه الإسلامي].
8. Kitab [القواعد] oleh Imam Taqiyuddin al-Husaini al-Husni (الإمام تقي الدين أبي بكر بن محمد الحسيني الحصني الشافعي). Wafat pada tahun 829H.
9. Kitab [الأشباه والنظائر] oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti (الإمام جلال الدين عبد الرحمن السيوطي الشافعي). Wafat pada tahun 911H. Antara kitab paling masyhur.
10. Kitab [إيضاح المسالك إلى قواعد الإمام مالك] oleh Abi Abbas Ahmad bin Yahya al-Maliki (أبي العباس أحمد بن يحي الونشريسي المالكي). Wafat pada tahun 914H. Ditahqiq oleh Ahmad Abu Tahir al-Khitabi (أحمد أبو طاهر الخطابي). Diterbit di Ribat, Moroco pada 1400H.
11. Kitab [الأشباه والنظائر] oleh Imam Zainuddin bin Ibrahim dikenali Ibnu Najim al-Hanafi (الإمام زين الدين بن إبراهيم الشهير بابن نجيم الحنفي). Wafat pada tahun 970H. Antara kitab Qawaid paling masyhur.
12. Majalah [مجلة الأحكام العدلية العثمانية] yang diterbitkan pada tahun 1286H. Sebanyak 99 kaedah terpilih dikumpul. Dikumpul oleh Ibnu Najim (ابن نجيم) dan al-Khadami (الخادمي).
13. Kitab [الفوائد البهية في القواعد والفوائد الفقهية] oleh Syeikh Mahmud Hamzah (الشيخ محمود حمزة) Mufti Damsyik pada zaman Sultan Abdul Hamid. Wafat pada tahun 1305H. Terkumpul 240 kaedah fiqhiyyah menurut mazhab Hanafi.
14. Kitab [المدخل الفقهي العام] oleh Mustafa Zarqa (مصطفى الزرقا).
15. Kitab [شرح القواعد الفقهية للشيخ أحمد الزرقا] oleh ayah Mustafa Zarqa (والد الشيخ مصطفى الزرقاء). Dicetak al-Gharb al-Islamiy, Beirut, 1403H.
16. Kitab [القواعد الفقهية نشأتها وتطورها] oleh Ali bin Ahmad al-Nadwi (الشيخ علي بن أحمد الندوي). Kitab ini adalah kertas kerja M.A beliau di Universiti Ummul Qura. Dicetak di Darul Qalam, Damsyik, 1406H.
Comments
Post a Comment