Skip to main content

Hamzah Digeruni Musuh

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Perang Uhud (غزوة أحد) merupakan antara perang yang paling menarik pernah berlaku dalam dalam mana-mana sejarah perang dunia. Walaupun berakhir dengan kekalahan pihak Islam dengan pelbagai strategi diatur sedemikian rupa yang pastinya menjanjikan kemenangan namun sepanjang berlaku perang ini penuh dengan pelbagai kisah kepahlawanan yang luar biasa dan sehingga kini tiada tolok bandingnya.

Tentunya yang kita maksudkan adalah kisah bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib (حمزة بن عبد المطلب) atau lebih dikenali sebagai ‘Singa Allah’ atau Asadullah (أسد الله).

Seorang bapa saudara yang sangat menjaga anak saudaranya sebelum ini dan pahlawan yang sangat perkasa dalam Perang Badar.

Semasa Perang Uhud, sesuai dengan gelaran yang diberi, Hamzah bagaikan seekor singa yang sedang mengamuk dan mengganas.

Hamzah atau nama sebenarnya Hamzah Abu ‘Amaarah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin ‘Abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi (أبو عمارة بن عبد المطلب بن هاشم بن عبد مناف القرشي الهاشمي). Berusia dua tahun lebih tua daripada Rasulullah dikatakan berjaya membunuh lebih 30 tentera kafir Mekah sepanjang Perang Uhud itu.

Beliau yang turut digelar Sayyidusy-Syuhadaa’ - سيد الشهداء (Penghulu para syuhada) tidak akan memberi peluang terhadap musuh kecuali terus berjuang habis-habisan mempertahankan Islam.

Sejak Hamzah mula memeluk Islam pada tahun kelapan selepas anak saudaranya itu dilantik Allah menjadi Rasul sehinggalah pada detik membawa kepada kematiannya di tangan musuh di Perang Uhud, seluruh hidupnya adalah untuk Islam.

Justeru sasaran membunuhnya memang tidak pernah padam di kalangan musuh. Malah ada yang membuat pelbagai tawaran yang sangat lumayan asal sahaja Hamzah dapat dibunuh.

Satu Lawan Satu

Bagi mereka dengan gugurnya seorang pahlawan Islam ini pasti akan pincanglah kekuatan Nabi Muhammad dan para pengikutnya.

Ini menyebabkan tugas membunuh Hamzah tidak boleh dilakukan secara berhadapan atau satu lawan satu. Jika cara itu dipilih maka tidak akan pernah pihak yang lawan tidak akan menang, jauh sekali dapat mencederakan Hamzah. Ini kerana Hamzah begitu hebat, perkasa, cekap dan tangkas.

Saat Hamzah sedang melawan dan mencari musuh untuk diperangi, saat itu jugalah sebenarnya Hamzah sedang diekori tanpa beliau sedari.

Musuh yang mengekori untuk mengambil peluang membunuh Hamzah secara curi itu ialah seorang bangsa kulit hitam bernama Wahsyi bin Harb (وحشي بن حرب).

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 4/5/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para