Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH fiqh yang kedua adalah al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak - اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan). Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada. Ia juga bermaksud keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan keraguan atau syak. Ia berasaskan banyaknya nas yang menunjukkan apabila berlakunya syak, maka perlu kembali kepada keyakinan asal. Kaedah yang kedua ini sebenarnya mempunyai elemen yang agak sama dengan kaedah fiqh yang pertama. Persamaan antara keduanya ialah mempunyai perkaitan dengan hati. Dalam kaedah yang kedua ini terdapat dua perkara iaitu yakin dan syak. Keyakinan adalah suatu perasaan dalam hati seseorang apabila dia memperolehi kepercayaan jitu terhadap sesuatu perkara disebabkan terdapatnya qarinah atau bukti-bukti yang kukuh. Syak pula ialah sesuatu keraguan dalam hati seseorang

Nabi SAW Luka Dibaling Batu

DI KALANGAN kita sudah tentu pernah mendengar bahawa Rasulullah mengalami luka yang agak parah ketika Perang Uhud ( غزوة أحد ). Walaupun dikelilingi pahlawan Islam namun dalam satu kejadian baginda parah apabila seketul batu yang agak besar melayang tepat mengenai baginda. Batu itu dikatakan dibaling oleh pihak musuh iaitu Utbah bin Abu Waqqas - عتبة بن أبو وقاص (dalam setengah riwayat yang lain, baginda sebenarnya dipanah tepat mengenai topeng muka besi yang dipakai). Batu tersebut tepat mengenai muka baginda menyebabkan luka yang teruk walaupun baginda memakai topeng besi ketika itu. Bayangkan kuat dan besarnya batu yang dibaling sehingga topeng daripada besi itu pecah. Akibatnya serpihan batu yang pecah itu menusuk menembusi pipi Rasulullah dan sebatang gigi baginda turut patah. Baginda juga dikatakan diserang oleh seorang tentera berkuda dari pihak musuh, iaitu Abdullah bin Qamiah. Abdullah melibas pedangnya pada bahu baginda, namun tidak berhasil untuk mengoyak baju besi ap

Syafaat Nabi Sesudah Wafat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah - استغاثة (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul - توسل ; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka. Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh. Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda

Syafaat Di Sisi Para Sahabat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN DALAM menimbang sesuatu persoalan agama seperti syafaat, seharusnyalah kita turut merujuk kepada sikap dan amalan para Sahabat Nabi RA. Merekalah generasi muslim terbaik yang pernah terhasil dan amalan mereka menjadi salah satu sumber agama ini. Jika ini kita lakukan, kita akan mendapati banyak peristiwa dimana para Sahabat RA memohon bantuan dan pertolongan Nabi SAW tanpa merasakan bahawa itu adalah salah. Daripada Mukhallad ibn ‘Uqbah ibn Abdur Rahman ibn Syarhabil, daripada datuknya, Abdur Rahman, daripada ayahnya, berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika telapak tanganku terkena bisul. Aku berkata, “Wahai Nabi Allah! Bisul ini semakin membengkak dan menggangguku semasa aku hendak memegang pedang dan mengendalikan haiwan tunggangan.” Rasulullah SAW bersabda, “Dekatlah kepadaku!” Aku pun menghampiri Baginda SAW, kemudian Baginda SAW bersabda, “Bukalah telapak tanganmu itu.” Maka aku pun membukanya, kemudian Baginda SAW

Hanzalah Berjihad Walau Baru Nikah

SEORANG lagi pahlawan Islam yang jihad bermati-matian ketika Perang Uhud ( غزوة أحد ) ialah Anas bin Nadhar ( أنس بن نضر ). Beliau tidak dapat menyertai Perang Badar ( غزوة بدر ) sebelum ini kerana masih terlalu muda. Tetapi apabila dibenarkan turut serta dalam Perang Uhud, beliau sangat gembira tanpa sedikit pun bimbang nyawanya melayang. Anas mempamerkan kejantanan dan semangat juang yang sangat tinggi di Perang Uhud apabila berjaya membunuh ramai kafir Quraisy. Namun akhirnya Anas mati syahid. Namun dikatakan beliau sempat mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat, iaitu Saad bin Muaz ( سعد بن معاذ ) sebelum mengakhiri nafasnya. “Tujuanku (syahid) sudah tercapai wahai sahabatku Saad. Aku sudah terbau bau syurga yang sangat harum semerbak di kaki bukit Uhud ini. Selamat tinggal Saad, selamat tinggal,” ujar Anas. Seorang lagi pahlawan Uhud yang mempunyai kisah yang menyentuh perasaan ialah Hanzalah Al Ghasil bin Abu Amir ( حنظلة الغسيل بن أبو عامر ). Hanzalah dikatakan b

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Hebatnya Pahlawan Islam Berjuang

Susunan SITI AINIZA KAMSARI BAPA saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib ( حمزة بن عبد المطلب ) benar-benar seorang pahlawan Islam sejati walaupun akhirnya tumpas dan syahid di tangan musuh di Perang Uhud ( غزوة أحد ). Sebelum syahid, belaiu berjaya membunuh lebih 30 tentera kafir dalam perang itu. Bayangkan berapa ramai lagi yang bakal tewas di tangannya andai beliau tidak syahid di tangan hamba kulit hitam Warsyi bin Harb ( وحش بن حرب ). Kehebatan Assadullah ( أسد الله ) atau Singa Allah itu benar-benar tiada tandingannya dan sangat dikagumi! Tetapi sayangnya sejauh mana generasi terutama yang muda Islam hari ini mengenali Saidina Hamzah berbanding nama ‘pahlawan’ yang kebanyakannya tidak pernah wujud pun di muka bumi ini. Malah direka dengan tokok tambah segala macam kekuatan dan kehebatan sedangkan kesemua ‘pahlawan’ itu wujud atas nama animasi kartun dan lakonan untuk melariskan jualan tiket-tiket wayang. Kehebatan Saidina Hamzah wajar ‘dijual’ supaya lebih ramai la

Memohon Bantuan Nabi Muhammad SAW

TELAH disebutkan dalam perbahasan lalu, sesungguhnya kita mempercayai dengan keyakinan yang kuat, tanpa syak dan ragu bahawa asal atau dasar dalam memohon suatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan ialah ditujukan hanya kepada Allah SWT. Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan. Allah SWT berfirman: Dan Tuhan kamu berfirman, “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (al-Mukmin: 60) وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (٦٠) Daripada ayat ini dapat difahami, bahawa sesiapa yang meminta pertolongan daripada seseorang makhluk atau menyerunya atau memohon kepadanya atau meminta kepadanya, sama ada makhluk itu masih hidup atau telah mati dengan keyakinan bahawa makhluk itu mampu memberikan manfaat atau menolak kemudaratan dengan kekuatannya sendiri, tanpa ada kaitan dengan Allah maka dia dikira telah menyekutukan Allah SWT. Meski

Hamzah Digeruni Musuh

Susunan SITI AINIZA KAMSARI Perang Uhud ( غزوة أحد ) merupakan antara perang yang paling menarik pernah berlaku dalam dalam mana-mana sejarah perang dunia. Walaupun berakhir dengan kekalahan pihak Islam dengan pelbagai strategi diatur sedemikian rupa yang pastinya menjanjikan kemenangan namun sepanjang berlaku perang ini penuh dengan pelbagai kisah kepahlawanan yang luar biasa dan sehingga kini tiada tolok bandingnya. Tentunya yang kita maksudkan adalah kisah bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib ( حمزة بن عبد المطلب ) atau lebih dikenali sebagai ‘Singa Allah’ atau Asadullah ( أسد الله ). Seorang bapa saudara yang sangat menjaga anak saudaranya sebelum ini dan pahlawan yang sangat perkasa dalam Perang Badar. Semasa Perang Uhud, sesuai dengan gelaran yang diberi, Hamzah bagaikan seekor singa yang sedang mengamuk dan mengganas. Hamzah atau nama sebenarnya Hamzah Abu ‘Amaarah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin ‘Abdi Manaaf al Quraisy al Haasyimi ( أبو عمارة ب

Allah SWT Penolong Hakiki

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN APABILA kita katakan adalah dibenarkan memohon syafaat daripada Nabi SAW, ini tidak menafikan kepercayaan kita dengan keyakinan yang kuat dan lazim, tanpa syak dan ragu bahawa asal sesuatu pertolongan, permohonan, doa dan permintaan itu hanyalah kepada Allah SWT. Pada hakikatnya, Dialah Maha Penolong, Maha Pembantu dan Mengkabulkan sesuatu permintaan. Prinsip ini ditegaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah; yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia. (Yunus: 106-107) وَلا تَدْعُ

Istighozah Satukan Umat

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN PERSIS berada di Padang Mahsyar. Begitulah suasana Istighozah kubra di Masjid Agung An-Nur, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Jumaat lalu. Ia apabila lautan manusia yang majoritinya berjubah putih berkumpul di pekarangan masjid tersebut. Sejak Subuh lagi, umat Islam di situ berkumpul beramai-ramai untuk bermunajat kepada Allah SWT supaya dipelihara daripada segala mara bahaya dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh tiga qari terkenal Indonesia diketuai oleh Kiai Prof. Dr. Said Aqil Hussein Munawwar yang juga bekas Menteri Agama Indonesia. Turut hadir, Kiai Dr. Nur Muhamad Iskandar dan Gabenor Riau, Dr. H.M. Rusli Zainal. Rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir turut dijemput ke majlis ini. Alunan ayat suci al-Quran itu amat mengasyikkan apabila mereka secara bergilir-gilir membacanya dengan bertarannum. Dimulakan denga

Syafaat Nabi Bagi Ibnu Taymiyyah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN JIKA pada minggu lepas kita telah menghujahkan tentang keharusan memohon syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di dunia, ketika Baginda SAW masih hidup, kita juga menegaskan bahawa boleh memohon syafaat daripada Nabi Muhammad SAW setelah Baginda SAW wafat. Hal ini bersesuaian dengan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah, bahawa para Nabi AS tetap hidup di alam barzakh. Nabi Muhammad SAW sudah pasti adalah Nabi yang paling sempurna dan besar mendapat kurniaan tersebut. Baginda SAW mendengar perkataan umatnya, dan kepadanya diperlihatkan perbuatan mereka. Baginda SAW juga memohonkan keampunan kepada Allah bagi dosa-dosa mereka dan memuji Allah (atas amalan baik umatnya). Selawat dan salam yang diucapkan oleh umatnya juga sampai kepadanya, meskipun mereka berada di penghujung dunia yang paling jauh, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadis-hadis sohih yang diakui oleh sejumlah penghafaz dan ahli hadis. Jika kita memohon syafaat daripada Ras