Skip to main content

Kafir Quraisy Kumpul Tentera

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI

Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung oleh puak Quraisy Mekah akibat rombongan dagang mereka yang diketuai Safwan bin Umayyah (صفوان بن أمية) diserang hebat dalam misi Sariyyah Zaid bin Harithah (سرية زيد بن حارثة).

Serangan itu menyebabkan hasil ekonomi mereka sekelip mata binasa. Maka api kemarahan puak Quraisy terhadap Islam yang sedia ada menjadi bertambah marak bagai api disimbah minyak.

Namun, perang Uhud tercetus bukan disebabkan salah perhitungan oleh kepimpinan Rasulullah SAW yang berjaya menyekat perjalanan kafilah dagang itu.

Ini kerana, jika tidak ada misi Sariyyah Zaid bin Harithah itu pun, puak Quraisy memang sudah merancang dengan teliti untuk melancarkan perang balas dendam terhadap orang Islam.

Meraka telah memukul canang dan gendang perang ke merata tempat bagi menyedarkan para penyokong mereka.

Malah mereka turut mempengaruhi puak-puak Arab lain di dalam dan luar kota Mekah termasuk para penduduk Habsyah (حبشة), Kinanah (كنانة) dan Tihamah (تهامة) agar sama-sama bersekongkol bagi memerangi orang Islam di Madinah.

“Wahai orang Arab, sesungguhnya Muhammad telah menyakiti kamu dan membunuh kalangan para pemimpin ternama kamu. Maka tolonglah kami dengan harta benda untuk memerangi Muhamad dan para pengikutnya.

“Mudah-mudahan kita akan dapat membalas dendam terhadapnya,” demikian kata para pemimpin Arab Quraisy yang merancang perang terhadap umat Islam.

Mereka terdiri daripada Ikrimah bin Abu Jahal (أبو جهل), Safwan bin Umayyah (صفوان بن أمية), Abu Suffian bin Harb (أبو سفيان بن حرب), Abdullah bin Abi Rabiah (عبد الله بن أبي ربيعة) dan beberapa orang lagi kalangan pemimpin Arab kafir Quraisy yang aktif dan bersemangat.

Abu Sufian sendiri mengalami kerugian besar dalam Perang Al Sawiq (غزوة السويق) sebelum ini. Maka tidak menghairankan beliau secara peribadi ingin membalas dendam.

Apabila mendengarkan rayuan sedemikian, mereka sanggup menjual harta benda dan menyerahkan 1,000 ekor unta serta mendermakan sehingga 50,000 dinar wang emas untuk membiayai peperangan itu.

Dalam hal ini Allah telah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka teap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. (al-Anfal: 36)

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ (٣٦)

Pelbagai daya digunakan bagi mendapatkan sokongan untuk memastikan mereka mendapat sokongan sepenuhnya daripada masyarakat Arab yang pada lazimnya sangat terpengaruh dengan pujuk rayu daripada para penyair.

Dalam hal ini Safwan bin Umayyah berjaya memujuk seorang penyair terkenal bernama Abu Izzah (أبو العزة) untuk membantu dalam kempen mendapatkan sokongan.

Abu Izzah sebenarnya menjadi tawanan tentera Islam dalam Perang Badar sebelum ini.

Sambil menangis ketika menjadi antara 70 tawanan tentera Quraisy, Abu Izzah merayu-rayu kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad, aku memiliki lima orang anak perempuan yang tidak memiliki apa-apa. Bebaskanlah aku demi mereka”.

Rasulullah termakan pujuk Abu Izzah lalu dibebaskan penyair itu tanpa perlu membayar apa-apa kecuali diminta berjanji supaya tidak lagi menentang Islam dengan apa cara sekalipun. Apatah lagi atas kepakaran dan kepandaiannya dalam bersyair itu.

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 30/3/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para