بستان العارفين
للإمام أبي زكريا محي الدين بن شرف النووي
باب
في الإخلاصَ وإحضَار النية في جميع الأعمال الظاهرة والخفية
Pada Menyatakan Ikhlas Dan Menghadirkan Niat Pada Sekalian Amalan Yang Zahir & Batin
قال الله تعالى:
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (٥) سورة البينة
معناه: الملَّة المستقيمة، وقيل: القائمة بالحق. والله أعلم.
Ertinya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
Makna ayat ini ialah: Islam itu agama yang lurus atau agama yang berdiri di atas kebenaran.
وقال الله تعالى:
وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ... سورة النساء: 100
Ertinya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
وقال الله تعالى:
رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ... سورة الإسراء: 25
Ertinya: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu.
وقال الله تعالى:
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ... سورة الحج: 37
Ertinya: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
قال ابن عباس رضي الله عنهما؛ معناه: ولكن يناله النيات منكم، وقال إبراهيم: "التقوى" ما يُراد به وجههُ. وقال الإمام أبو الحسن الواحدي: قال الزجاج؛ المعنى: لن يتقبلَ الله الدماء واللحوم إذا كانت من غير تقوى الله تعالى، وإنما يتقبل منكم ما ستتقونه به.
وهذا دليلٌ على أن شيئاً من العبادات لا يصح إلا بالنية وهو: أن ينويَ به التقرب إلى الله تعالى وأداء ما أمر به.
Berkata Ibnu ‘Abbas (r.a) dalam menerangkan ayat ini:
Yang sampai kepada Allah Taala ialah niat di dalam hati kamu.
Kata Ibrahim al-Nakhai’ (r.h):
Taqwa itu ialah suatu amal yang dikehendaki dengannya akan keredhaan Allah Taala.
Kata Imam Abu al-Hasan al-Waidi [الإمام أبو الحسن الواحدي] (r.h): Berkata Imam al-Zajaj [الزجاج] (r.h):
Makna ayat ini ialah Allah tidak akan menerima darah ataupun daging qurban apabila ianya tidak disertai dengan taqwa. Allah Taala hanya menerima amalan kerana taqwa.
Oleh kerana itulah dapat disimpulkan bahawa sebarang ibadat tidak sah kecuali dengan niat mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menunaikan kewajipan disuruh.
Comments
Post a Comment