Skip to main content

Adab Hamalah al-Quran 4.2

التيبان في آداب حملة القرآن
للإمام محي الدين أبي زكريا يحي بن شرف النووي

الباب الرابع
في آداب معلم القرآن ومتعلمه
Adab Seorang Guru al-Quran dan pelajarnya

·       من شوائب الإخلاص

وعن الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال:

ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل الناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله منهما.

وعن سهل التستري رحمه الله تعالى قال:

نظر الأكياس في تفسير الإخلاص فلم يجدوا غير هذا أن تكون حركته وسكونه في سره وعلانيته لله تعالى وحده لا يمازجه شيء لا نفس ولا هوى ولا دنيا.

وعن السري رضي الله عنه قال:

لا تعمل للناس شيئا ولا تترك لهم شيئا ولا تغط لهم شيئا ولا تكشف لهم شيئا.

وعن القشيري قال:

أفضل الصدق استواء الصدق والعلانية.

وعن الحارث المحاسبي رحمه الله تعالى قال:

الصادق هو الذي لا يبالي ولو خرج عن كل قدر له في قلوب الخلائق من أجل صلاح قلبه ولا يحب إطلاع الناس على مثاقيل الذر من حسن عمله ولا يكره إطلاع الناس على السيء من عمله فإن كراهته لذلك دليل على أنه يحب الزيادة عندهم وليس هذا من أخلاق الصديقين.

وعن غيره إذا طلبت الله تعالى بالصدق أعطاك الله مرآة تبصر فيها كل شيء من عجائب الدنيا والآخرة.

وأقاويل السلف في هذا كثيرة أشرنا إلى هذه الأحرف منها تنبيها على المطلوب، وقد ذكرت جمل امن ذلك مع شرحها في أول شرح المهذب وضممت إليها من آداب العالم والمتعلم والفقيه والمتفقه ما لا يستغني عنه طالب العلم والله أعلم.

Dari Fudail bin ‘Ayyad (r.h):

Meninggalkan sesuatu perbuatan kerana manusia adalah riya’ dan melakukan sesuatu perbuatan kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu Allah menyelamatkan mu dari kedua hal tersebut.

Dari Sahl al-Tustari (r.h):

Orang-orang yang pandai berusaha membuat definisi ikhlas, maka mereka tidak mendapati kecuali definisi ini: iaitu bahawa gerak dan diam seseorang pada saat berseorangan maupun dihadapan orang ramai hanya untuk Allah SWT. Tidak bercampur sesuatu pun dari nafsu, cinta dan dunia.

Dari al-Sarri (r.h):

Jangan beramal kerana manusia dan jangan meninggalkan sesuatu kerana mereka. Jangan menutupi sesuatu kerana mereka dan jangan mengungkap kerana mereka.

Dari al-Qushairi (r.h):

Sebaik-baik kebenaran adalah sama antara yang batin dan yang zahir.

Dari al-Harith al-Muhasibi (r.h):

Orang yang jujur itu ialah orang tidak peduli walaupun keluar dari batas-batas penilaian kepada dirinya di dalam hati manusia demi kebaikan hatinya sendiri dan tidak suka orang mengetahui kebaikan amalnya walaupun paling kecil. Tidak membenci jika orang mengetahui perbuatan buruknya kerana jika dia benci keburukannya itu bukti bahawa dia mengharapkan penghormatan daripada manusia. Perkara itu bukanlah sifat orang yang benar.

Dan sebahagian yang lain berkata:

Apabila engkau mendekatkan diri pada Allah dengn jujur, maka Allah memberikan mu cermin dimana engkau dapat melihat seluruh keajaiban dunia dan akhirat.

Perkara ini amat banyak sekali dibahas oleh para ulama salaf. Aku tulis sebahagian sahaja sebagai peringatan bagi orang yang menginginkannya. Sebahagian besar aku tulis dalam awal bab Syarah al-Muadhdhab. Dalamnya ada adab orang alim, pelajar, ahli faqih, mutafaqqih (belajar ilmu agama) yang mencukupi bagi seorang penuntut ilmu. Wallahu a‘lam.

Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para