التيبان في آداب حملة القرآن
للإمام محي الدين أبي زكريا يحي بن شرف النووي
· من لم يشترط الفهم، واشترط القراءة فقط لتحصيل الثواب:
وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقولُ ﴿ألـم﴾ حرفٌ ولكن ألفٌ حرفٌ ولام حرف وميم حرف.
(رواه أبو عيسى محمد بن عيسى الترمذي)
Dari Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka dia mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan baginya sepuluh kebaikan. Aku tidak kata bahawa Alif Lām Mīm itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
(HR Tirmizi, katanya Hadith ini bertaraf Hasan Sahih)
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يقول الله سبحانه وتعالى:
من شَغَلَهُ القرآنُ وذِكْرِي عن مسألتي أعطيتُهُ أفضلَ ما أعْطِي السائلين، وفضلُ كلام الله سبحانه وتعالى على سائر الكلامِ كفضلِ الله على خَلْقِهِ.
(رواه الترمذي، وقال حديث حسن غريب)
Dari Abu Sai’d al-Khudri (r.a), dari Nabi SAW:
Allah berfirman: Barangsiapa menyibukkan diri dengan al-Quran yakni membaca dan berzikir kepadaKu daripada memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikan yang lebih bagus dari apa yang Aku berikan kepada orang yang meminta dan keutamaan al-Quran terhadap seluruh perkataan seperti keutamaan Allah terhadap makhluknya.
(HR Tirmizi, katanya Hadith ini bertaraf Hasan Gharib)
Allah Taala akan memberikan satu huruf dengan sepuluh kebajikan kepada sesiap membaca al-Quran. Bayangkan berapakah akan kita dapat dengan membaca al-Fatihah sahaja? Orang yang wirid harian hanyalah al-Quran akan mendapat sepertimana orang yang berdoa bahkan lebih lagi. Sibukkanlah diri dengan membaca al-Quran bukan dengan membaca akhbar.
Comments
Post a Comment