التيبان في آداب حملة القرآن
للإمام محي الدين أبي زكريا يحي بن شرف النووي
· عزة ورفعة الأمم بالقرآن وضعفها وذلها بتركه والإعتراض عنه:
وعن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
إن الله تعالى يرفع بهذا الكلام أقواما ويضع به آخرين.
(رواه مسلم)
Dari Umar al-Khattab (r.a) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa golongan dengan sebab al-Quran dan menghinakan beberapa golongan lainnya dengan sebab al-Quran ini.
(HR Muslim)
Orang mengamalkan al-Quran akan mendapat kedudukan di sisi Allah sedangkan orang yang meninggalkannya akan mendapat kehinaan. Mungkin tidak di dunia tapi akhirat mereka tidak akan terlepas. Susah benar nak melaksanakan perintah al-Quran, hanya orang ikhlas saja dapat melakukannya. Amat malang kadang orang menjawat sebagai guru al-Quran, pengetua sekolah agama bahkan berjawatan sebagai pengarah maahad tahfiz pun tidak mahu melaksanakan perintah al-Quran.
Comments
Post a Comment