ABU Ayyub Al-Ansari ( أبو أيوب الأنصاري ) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib ( خالد بن زيد بن كليب ) berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar ( بني النجار ). Beliau mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah. Ketika Rasulullah SAW memasuki Madinah, setiap orang daripada kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah SAW turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi SAW secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: “Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a. Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil m