Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Abdullah Ubay Penyebar Fitnah

Susunan SITI AINIZA KAMSARI MENURUT satu catatan, apabila Abdullah bin Ubay mendapat tahu mengenai ayat-ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu yang mencela perbuatan munafiknya, salah seorang kawannya berkata kepadanya: “Pergilah kamu meminta maaf dan ampun dari Rasulullah supaya baginda mengampuni kesalahan kamu.” Tetapi tahukah anda apa yang dijawab oleh Abdullah bin Ubay ini? “Sekiranya kamu memerintahkan aku percaya kepada Muhammad, aku sudah pun percaya. Sekiranya kamu memerintahkan aku memberikan hartaku kepadanya, aku sudah memberikannya. Maka tidak ada apa lagi yang tinggal sekarang, melainkan kamu meminta supaya aku sujud kepada Muhammad? Sama sekali tidak.” Demikian kata-kata angkuh dan sombong Abdullah bin Ubay sambil mengejek Rasulullah. Dalam sebuah kisah yang lain, anaknya, Khubab menemui baginda yang ketika itu sedang minum bagi melepaskan dahaga. Khubab pun berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah, tidakkah tuan sudi meninggalkan sedikit air yang

Kisah Suka Duka Al Qaradawi

Oleh SITI AINIZA KAMSARI RAMADAN sering dianggap sebagai bulan yang paling indah dalam hidup seseorang umat Islam. Lebih-lebih lagi bagi dapat menyambutnya bersama ahli keluarga. Tentu juga lebih indah sekali jika dapat menyambutnya di Tanah Suci Mekah dan Madinah apabila berpeluang mengerjakan ibadat umrah di sana. Tetapi bagi ulama besar ini Ramadan yang paling indah yang pernah beliau lalui dan alami adalah semasa ditahan dalam penjara! “Akhirnya kami tiba di Ar Tur, Mesir (Kompleks Penjara) ketika hampir bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Aku beruntung kerana ditempatkan dalam sel nombor dua yang dipimpin oleh Sheikh Al Ghazali. “Di sana aku sering menunaikan solat terawih di belakangnya sebanyak lapan rakaat. Setiap satu rakaat biasanya Sheikh membaca satu juz al-Quran dan khatam pada hari terakhir Ramadan. “Inilah bulan Ramadan yang paling indah yang pernah aku rasakan seumur hidupku. Keindahan yang mewarnai hidup kami ketika berpuasa, solat, membaca al-