Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Abu Ayyub Pahlawan Perang Yang Pemurah

ABU Ayyub Al-Ansari ( أبو أيوب الأنصاري ) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib ( خالد بن زيد بن كليب ) berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar ( بني النجار ). Beliau mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah. Ketika Rasulullah SAW memasuki Madinah, setiap orang daripada kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah SAW turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi SAW secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: “Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan.” Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a. Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil m

Sifat Munafik Terbongkar

Susunan SITI AINIZA KAMSARI DISAAT-saat akhir, perang hanya menanti saat dan ketika untuk meletus, 1,000 tentera pihak Islam cuba digugat kekuatan mereka dengan 300 orang daripada mereka keluar barisan. Ia diketuai oleh bapa munafik, Abdullah bin Ubay ( عبد الله بن أبي ). Disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat khianat namun Abdullah memberi alasan tindakannya itu disebabkan Rasulullah tidak menghargai dengan pendapat baginda sendiri yang merancang peperangan itu berlangsung dalam Kota Madinah sahaja. “Malah Muhammad setuju pula dengan pendapat orang lain lalu kami tidak tahu mengapa mesti membunuh diri kami sendiri hari ini,” kata Abdullah. Tentu Abdullah hanya sekadar memberi alasan kerana sebenarnya kita tahu bahawa menarik diri di saat yang genting itu adalah sengaja untuk mencipta kekacauan dan keresahan dalam pasukan tentera Islam itu sendiri. Dengan itu akan lebih ramai meninggalkan medan perang kerana tidak mahu mati dengan sia-sia sehingga sisa anggota tentera yang

Sahabat Mohon Syafaat Nabi Saw

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN SYAFAAT iaitu perbuatan memohon bantuan dan pertolongan yang menjadi isu di sisi sesetengah orang jika dilakukan kepada selain daripada Allah SWT bukan isu yang sengaja diada-adakan. Perkara ini pernah ditimbulkan oleh seorang pelajar dari negara Arab dalam satu majlis yang dianjurkan. Pelajar terbabit dengan tegas telah menegur apabila terdengar ada kata-kata berunsur memohon syafaat Nabi SAW. Mari kita melihat bagaimana sikap para sahabat dalam hal ini. Terdapat hadis yang menegaskan bahawa beberapa orang sahabat telah meminta syafaat daripada Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah mengatakan: “Bahawa meminta syafaat daripadaku adalah syirik. Maka pohonlah terus daripada Allah dan jangan sesekali kamu menyekutukan Tuhan kamu dengan sesuatu.” Sebagai contoh, Anas ibnu Malik r.a ( أنس بن مالك ) pernah berkata: “Wahai Nabi Allah! Syafaatkanlah aku pada hari Kiamat.” Maka Rasulullah bersabda: “Aku akan melakukannya.” (riwayat al-Ti

Rasulullah Ikut Saranan Sahabat

Susunan SITI AINIZA KAMSARI SEJURUS mendapat tahu bahawa 3,000 tentera kafir Quraisy Mekah sedang bergerak menuju ke utara untuk menyerang Madinah, Rasulullah SAW segera mengadakan perbincangan dengan para sahabat dan pengikut baginda bagi mengatur strategi perang kali ini. Persoalan penting ialah sama ada tentera Islam perlu keluar dari Kota Madinah untuk bertempur dengan pihak musuh atau terus bertahan sahaja dalam kota tanpa perlu ke mana-mana. Rasulullah sendiri berpendapat supaya mereka tidak perlu keluar ke mana-mana. Malah seluruh penduduk Madinah boleh turut sama mempertahankan Madinah dari dikuasai pihak musuh. “Jika mereka masuk sahaja ke dalam kota, maka seluruh penduduk akan memerangi mereka di segenap lorong-lorong yang sempit dengan kedudukan kaum wanita akan menentang daripada atas bumbung-bumbung rumah mereka,” kata baginda. Ini merupakan pendapat baginda secara peribadi bukannya yang diwahyukan kepadanya, yang tidak semestinya diterima oleh para pengikut baginda.

Kerasnya Hati Hindun

Susunan SITI AINIZA KAMSARI TANPA bercerita kisah wanita yang seorang ini, pengetahuan kita terhadap sejarah Islam seolah-olah tidak akan menjadi lengkap dan sempurna. Hindun binti Utbah ( هند بنت عتبة ), sebagaimana yang diketahui umum mempunyai watak yang sangat protagonis dalam Perang Uhud ( غزوة أحد ) yang bakal kita lalui kisahnya. Sehingga beliau digelar sebagai pemakan hati, iaitu umpama manusia kanibal yang sanggup mengunyah anggota badan manusia yang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri. Namun sangat menarik jika kita dapat mengenali watak ini dengan lebih dekat melalui pelbagai pihak yang bercerita mengenai Hindun yang begitu memusuhi Islam sejak zaman jahiliah. Namun kita tidak akan menemui sebarang kisah yang mendedahkan sama ada Hindun seorang wanita yang jelita atau cantik pada zamannya. Tetapi yang sering diceritakan ialah mengenai jiwanya yang kental, seorang yang pintar berkata-kata, berpendirian tegas dan sangat berpengaruh terhadap kaumnya. Pendek

Tawassul, Ziarah Dan Kisah Al-‘Utbi

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN JIKA minggu lepas kita telah merenung peristiwa sejarah Saidina Umar dan umat Islam dizamannya bertawassul dengan al-‘Abbas, pada kali ini mari kita melihat pula satu lagi peristiwa sejarah yang lebih masyhur sebagai kisah ‘Utbi. Al-Imam al-Hafiz Sheikh ‘Imaduddin Ibnu Kathir Telah menyebut suatu jemaah di antara mereka ialah Sheikh Abu Mansur al-Sobbagh di dalam kitabnya al-Syamil tentang hikayat yang masyhur mengenai ‘Utbi, yang menceritakan: “Ketika aku sedang duduk di sisi makam Nabi, datang seorang Arab Dusun lalu mengucapkan salam sejahtera ke atasmu, wahai Rasulullah. Aku telah mendengar Allah SWT berfirman: Seandainya mereka telah menganiaya diri mereka (membuat dosa), lalu mereka datang kepadamu (Nabi Muhammad SAW) dan memohon keampunan kepada Allah dan Rasul juga memohon keampunan bagi mereka, nescaya mereka akan mendapati Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nisaa’: 64) “Sesungguhnya aku datang kepadamu

Kafir Quraisy Kumpul Tentera

SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI Bukan sedikit kerugian yang terpaksa ditanggung oleh puak Quraisy Mekah akibat rombongan dagang mereka yang diketuai Safwan bin Umayyah ( صفوان بن أمية ) diserang hebat dalam misi Sariyyah Zaid bin Harithah ( سرية زيد بن حارثة ). Serangan itu menyebabkan hasil ekonomi mereka sekelip mata binasa. Maka api kemarahan puak Quraisy terhadap Islam yang sedia ada menjadi bertambah marak bagai api disimbah minyak. Namun, perang Uhud tercetus bukan disebabkan salah perhitungan oleh kepimpinan Rasulullah SAW yang berjaya menyekat perjalanan kafilah dagang itu. Ini kerana, jika tidak ada misi Sariyyah Zaid bin Harithah itu pun, puak Quraisy memang sudah merancang dengan teliti untuk melancarkan perang balas dendam terhadap orang Islam. Meraka telah memukul canang dan gendang perang ke merata tempat bagi menyedarkan para penyokong mereka. Malah mereka turut mempengaruhi puak-puak Arab lain di dalam dan luar kota Mekah termasuk para penduduk Habsyah ( حبشة ), Kina