Susunan SITI AINIZA KAMSARI DALAM perang Badar ( غزوة بدر ) banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti yang berlaku terhadap Bilal ( بلال بن رباح ) yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf ( أمية بن خلف ). Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara. Walaupun mereka mempunyai hubungan darah dan persaudaraan tetapi disebabkan mahu menegakkan Islam, masing-masing terpaksa menghadapi situasi yang tidak ubahnya seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa. Cinta terhadap Islam mengatasi segala-galanya hatta terpaksa membunuh bapa sendiri. Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah ( عبيد الله الجرة ) yang terpaksa membunuh bapanya sendiri, Abdullah Al Jarrah ( عبد الله الجرة ). Tetapi, ia bukan sesuatu yang diseng