Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: العادة محكمة DALAM proses ijtihad, para mujtahid akan merujuk kepada sumber-sumber utama syariah Islam iaitu al-Quran dan sunnah. Namun, pelaksanaan hukum-hakam tersebut akan mengambil kira situasi semasa dan kebiasaan masyarakat di sesuatu tempat itu. Perlu difahami bahawa kedudukan sesuatu hukum itu tidak tertakluk mutlak kepada gambaran situasi semasa. Ia tetap didasari dengan wahyu Allah SWT. Namun, adat hanyalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh para ulama dalam mengeluarkan hukum. Justeru, melihat kepada adat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada ketentuan hukum, maka para ulama telah menggagaskan sebuah kaedah fiqh iaitu Al-‘Adatu Muhakkamah yang bermaksud, adat dijadikan hakim. Kaedah ini berdasarkan beberapa dalil. Salah satunya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud yang bermaksud: Apa yang dinilai oleh kaum muslimin sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan