APABILA bercakap soal penguasaan ilmu dan sanggup berjuang demi menegakkan Islam dan kebenaran, Ummul Mukminin Saidatina Siti Aishah Abu Bakar adalah seri kandi yang tidak sekadar isteri kepada Rasulullah. Sehingga ada disebutkan: “Sekiranya ilmu Siti Aishah dikumpulkan dan dibandingkan dengan ilmu seluruh ibu kaum Muslimin dan ilmu seluruh kaum wanita maka ilmu yang dimiliki oleh Siti Aishah adalah lebih utama.” Tiada tandingannya penguasaan ilmu yang dimiliki oleh Siti Aishah berbanding para sahabat besar Rasulullah sendiri. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Masruq: “Aku melihat orang tua dan para sahabat besar Rasulullah bertanya kepada Siti Aishah mengenai harta warisan (ilmu faraid)”. Sebagaimana juga Atha bin Abu Rabah yang menjadi saksi bahawa Siti Aishah adalah orang yang paling mengerti di antara manusia dan paling baik pendapatnya di antara mereka. Seorang lagi, Abu Marwah pula berkata: “Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mengerti mengenai ilmu fiqh, ubat-ubatan d