Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sirah

Muslihat Kalahkan Musuh

Susunan SITI AINIZA KAMSARI BAGI memerangi Kabilah Bani Asad yang merancang menawan Kota Madinah, Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Salamah selaku Ketua Tentera supaya seluruh anggota tentera Islam seramai 150 orang itu berjalan hanya pada waktu malam. Pada waktu siang mereka diminta bersembunyi di lereng-lereng gunung. Jalan yang hendak dilalui pula mestilah laluan yang berbeza. Bukan jalan yang biasa dilalui orang. Ini agar kedatangan pasukan tentera Islam tidak diketahui oleh pihak musuh. Pada awal bulan Muharam tahun ke-4 Hijrah, pasukan tentera Islam mula berangkat dari Madinah secara senyap-senyap dan terus menuju ke daerah Najd, perkampungan Bani Asad. Dalam beberapa hari sahaja mereka sampai ke perkampungan itu tanpa diketahui para penduduknya. Lalu tanpa membuang masa, seluruh perkampungan itu terus dikepung oleh tentera Islam. Pada asalnya, kabilah Bani Asad telah merancang membuat serangan mengejut ke atas Madinah. Bagaimanapun, mereka cukup terkej

Keistimewaan Nabi Muhammad SAW

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan Mulai minggu ini, kita kan memulakan tajuk baru yang turut menjadi punca kekeliruan dan salah faham di kalangan segelintir umat Islam iaitu mengenai keistimewaan atau khususiyyat Nabi Muhammad SAW. Golongan yang keliru akan menuduh mereka yang berpegang dengan perkara-perkara ini sebagai melampau dan sesat dalam membesarkan kedudukan Nabi SAW. Sebenarnya, para ulama memberi perhatian yang besar terhadap khususiyyat atau keistimewaan Nabi Muhammad SAW. Ada antara mereka yang menulis mengenainya, ada yang mensyarahkan penulisan ulama lain, ada yang membahasnya secara umum dan ada pula yang membahasnya secara khusus. Antara karya mengenainya yang paling masyhur dan lengkap ialah kitab al-Khasais al-Kubra ( الخصائص الكبرى ) karangan al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti r.h ( جلال الدين السيوطي ). Ada banyak keistimewaan Nabi Muhammad SAW. Ada yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih dan ada yang diriwayatkan

Firaun Gelaran Raja Mesir Kuno

FIRAUN adalah gelaran atau sebutan bagi raja Mesir kuno. Istilah itu dikatakan berasal daripada bahasa Ibrani (Per-O) yang bererti rumah besar atau istana besar. Istilah Inggerisnya adalah Pharaoh. Gelaran itu diterapkan secara turun-temurun kepada raja Mesir kuno kerana mereka dianggap sebagai titisan dewa Mesir, seperti Horus, Buto, Osiris, dan lain-lain. Dalam zaman moden ini, istilah firaun masih sering digunakan sebagai lambing pemerintahan kuku besi, zalim, penindas rakyat, orang musyrik atau yang menyekutukan Tuhan dan sebagainya. Istilah itu juga antara lain menjadi simbol keangkuhan, kejahatan, dan keserakahan. Titisan Osiris Ramses II menganggap dirinya tuhan, iaitu penjelmaan Dewa Osiris. Seluruh penduduk Mesir diwajibkan memuja dan menyembahnya. Lebih tragis dan zalim lagi, Ramses II juga pernah memerintah para pegawai istananya membunuh anak lelaki Bani Israel yang lahir. Perintah pembunuhan itu konon dilakukannya setelah ia bermimpi melihat

Allah Gembirakan Tentera Uhud

Oleh SITI AINIZA KAMSARI Menang atau kalah, adalah adat dalam perjuangan atau peperangan. Tidak ada apa yang perlu dikesal atau ditangiskan kerana peribahasa Melayu ada menyebut kalau menang jadi arang, kalah jadi abu. Lantaran itu apabila bercerita mengenai Perang Uhud maka kita tidak boleh lari daripada membicarakan hikmah besar di sebalik kekalahan umat Islam dalam perang tersebut. Sebelum itu, kita mungkin kesal, marah apabila kemenangan yang hampir-hampir dapat digenggam akhirnya terlepas. Ia akibat sikap gelojoh terhadap harta rampasan perang telah menyebabkan tercatat satu luka besar pada sejarah - kekalahan umat Islam. Adalah sangat memalukan kerana adanya sifat tamak di kalangan tentera tersebut dan tidak patuh pada arahan telah membolehkan musuh kembali menyusun kekuatan dan menyerang tentera Islam dari belakang. Namun seperti yang disebutkan, semua yang berlaku itu ada hikmah-hikmah besar yang tersembunyi. Apatah lagi jika kalah, tidak bermakna kita akan kalah bu