Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Bilal Muazin Pertama

Bilal bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi ( بلال بن رباح الحبشي ) dikenali dengan dengan gelaran Muazin Ar-Rasul ( مؤذن الرسول ). Beliau memiliki tubuh yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis dan rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Ummayyah bin Khalaf ( أمية بن خلف ) dari Bani Jumuh ( بني جمح ). Apabila mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah, beliau menemui baginda dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid ( خديجة بنت خويلد ), Abu Bakar As-Siddiq ( أبو بكر الصديق ), Ali bin Abi Talib ( علي بن أبي طالب ), Ammar bin Yasir ( عمار بن ياسر ) serta ibunya Sumaiyyah ( سمية ), Suhaib Ar-Rumi ( صهيب الرومي ) dan Al-Miqdad bin Al-Aswad ( المقداد بن الأسود ). Bilal pernah diseksa oleh Umayyah malah membiarkannya di tengah gurun padang pasir selama beberapa hari. Sebahagia

Hadis 40 Imam Nawawi Versi Bergambar

Semua sedia maklum bahawa kita telah mempunyai banyak jenis penerbitan versi Hadis 40 Imam Nawawi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, sama ada dalam bahasa Melayu, mahupun dalam bahasa Arab atau Inggeris. Bagaimanapun, kita belum menemui edisi hadis 40 yang bergambar. Walau pun ada sebahagian ulama yang mengharamkan semua jenis gambar, terutama gambar benda-benda bernyawa, namun ada sebahagian ulama yang mengharuskannya. Sebabnya gambar bercetak di atas permukaan dua dimensi (2D) tidak berbayang dan tidak sama dengan patung atau berhala yang bersifat tiga dimensi (3D). Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya, di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan hadis 40 ini diiringi dengan gambar, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta menjelaskan lagi huraian hadis. Pendekatan ini boleh menarik minat para pencinta fotografi dan grafik khasnya, dan pencinta seni amnya, untuk menghafal,

Strategi Elak Tentera Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI UMUM mengetahui lebih setahun selepas berlakunya pertempuran Perang Badar maka meletus pula Perang Uhud ( غزوة أحد ). Ia berlaku pada bulan Syawal ( شوال ) tahun ketiga Hijrah. Kali ini ia melibatkan pihak yang masih sama, iaitu umat Islam atau pengikut Nabi Muhammad SAW dengan kaum kafir Quraisy Mekah. Perang ini adalah satu usaha dan nekad pihak kafir Quraisy untuk membalas dendam atas kekalahan yang sangat memalukan mereka di Perang Badar ( غزوة بدر ) dahulu. Namun mengapa mereka begitu ingin membalas dendam terhadap umat Islam jika hanya sekadar kalah di medan Badar? Masing-masing sebenarnya cuba mengelak daripada meletusnya lagi sebuah peperangan. Antara faktor serta merta yang membawa kepada meletusnya Perang Uhud itu apabila berlakunya Sariyyah Zaid Harithah ( سرية زيد بن حارثة ), iaitu serangan terhadap rombongan dagang milik Quraisy pada bulan Jamadilakhir ( جماد الأخير ) tahun ketiga Hijrah, iaitu beberapa bulan sebelum meletusnya Perang Uhud

Tawassul Umar Dengan Al-Abbas

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN KISAH masyhur ini penting untuk kita renungi secara khusus kerana ada di sana mereka yang mendakwa bahawa ia hanya dalil membolehkan tawassul dengan seorang yang masih hidup. Manakala bertawassul dengan seorang yang telah mati dikatakan salah dan membawa kepada syirik. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sohihnya, daripada Anas RA berkata: Bahawa Umar ibnu al Khattab RA apabila mereka ditimpa kemarau, beliau meminta diturunkan hujan dengan kemuliaan Abbas ibnu Abdul Muttalib RA, dengan doanya: Ya Allah! Sesungguhnya kami dahulu sering bertawassul dengan kemuliaan Nabi-Mu, maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Sekarang, kami bertawassul pula dengan bapa saudara nabi kami, maka turunkanlah hujan kepada kami. اللهم إنا كنا نتوسل إليك بنبينا فتسقينا، وإنا نتوسل إليك اليوم بعم نبينا، يدعوك ونؤمن، فاسقنا يا أكرم الأكرمين Al-Zubair ibnu Bikar telah meriwayatkan kisah ini di dalam al-Ansab dari beberapa jalan dan jalan perawi yang

Aidilfitri ‘Hadiah’ Menang Perang Badar

Susunan SITI AINIZA KAMSARI Sebagaimana yang kita ketahui, Perang Badar ( غزوة بدر ) berlangsung pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah di saat buat pertama kalinya umat Islam diperintah melaksanakan ibadat puasa Ramadan dan begitu juga kewajipan menunaikan zakat fitrah. Namun dengan kemenangan tentera Islam di medan Perang Badar itu disifatkan sebagai satu ‘perayaan berganda’. Tentu sahaja satu perayaan yang besar-besaran apabila tidak lama selepas perang itu, umat Islam meraikan Aidilfitri pula kerana meraikan kemenangan berpuasa di sepanjang bulan Ramadan. Itulah tahun pertama juga, Aidilfitri disyariatkan. Menurut Al Mubarakfuri ( صفي الرحمن المباكفوري ), perayaan ini merupakan anugerah Allah setelah dimahkotakan mereka dengan kemenangan dan kemuliaan selepas berjaya menentang pihak musuh yang paling nyata, iaitu kafir Quraisy. Alangkah indahnya pemandangan solat sunat Hari Raya berjemaah yang mereka kerjakan setelah keluar dari rumah masing-masing sambil melaung-laungkan takbir da

Kaum 'Aad dimusnahkan Allah

Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum ‘Aad ( قوم عاد ) yang menghuni daerah al-Ahqaf ( أحقاف ) di sekitar Hadhramaut ( حضر موت ), Yaman. ‘Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah. Kaum ‘Aad berkata: Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami. (al- Fussilat: 15). وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً Seperti halnya Nabi Hud, kaum ‘Ad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah memperingatkan mereka. Oleh kerana itu, Allah SWT membinasakan mereka melalui azab-Nya. Allah mengisahkan perdebatan antara Nabi Hud a.s dengan kaumnya menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum ‘Ad saudara mereka, Hud. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada AIlah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya

Tawassul Dalam Bentuk Seruan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN KE arah kesimpulan bicara kita ke arah memurnikan kefahaman tentang tawassul, kita akan meninjau pula beberapa catatan sejarah bertawassul secara menyeru Nabi SAW atau orang-orang yang mulia di sisi Allah SWT. Sebahagiannya merupakan perbuatan para sahabat r.a. Sebagai anak buah didikan Rasulullah SAW, sudah tentu mereka ini boleh dijadikan ikutan kita dalam memahami persoalan agama seumpama ini. Suatu contoh yang menarik adalah tawassulnya tentera muslimin dengan menyeru nama Nabi SAW dalam peperangan Yamamah, iaitu peperangan dengan tentera nabi palsu, Musailamah al-Kazzab ( مسيلمة الكذاب ). Ibnu Kathir menyebut bahawa syiar atau slogan orang-orang Islam dalam peperangan Yamamah ( غزوة اليمامة ) adalah: “Ya Muhammadaah!” (Wahai Nabi Muhammad! Tolonglah!). Beliau berkata sebagaimana nasnya: Khalid ibn al-Walid r.a membawa bendera hingga berjaya melintasi kawasan musuh. Setelah itu, beliau melalui bukit, dan memerhatikan bagai

Jadual Kuliah Agama Masjid Bukit Besar

Jadual Kuliah Agama Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu. KULIAH MAGHRIB Ahad YM Ku Alwi Fiqh Isnin Ustaz Hanafi Safinatun Najah - Fiqh Selasa Ustaz Abd Halim Awang Fiqh Mahaji - Fiqh Rabu Dr. Abd Manan Sairus Salikin - Tasawuf Khamis Ustaz Hazri Bidayatul Hidayah - Tasawuf Jumaat Ustaz Mustika Hadith - Hadith Sabtu Ustaz Abd Aziz Tafsir

Jadual Kuliah Agama Masjid Terapung

Jadual Kuliah Agama Masjid Terapung, Kuala Terengganu. HARI WAKTU PENCERAMAH TAJUK AHAD MAGHRIB Dr. Zulkifli Fiqh ISNIN MAGHRIB Ustaz Zamri Hadith SELASA MAGHRIB Ustaz Rashid Hadith RABU MAGHRIB Ustaz Fadli Tasawur KHAMIS MAGHRIB Ustaz Abd Aziz Muda Tafsir JUMAAT SUBUH Jemputan MAGHRIB SABTU SUBUH Jemputan MAGHRIB Dr. Manan Tasawuf Penawar Bagi Hati