Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Penyiksaan Para Sahabat Berterusan

Susunan SITI AINIZA KAMSARI DALAM peristiwa Ar Raji ini, turut menyaksikan tidak sahaja Zaid bin Datsinah yang terkorban dan syahid, malah seorang lagi rakannya, Khubaib bin Adi yang ditawan musuh turut syahid. Apa yang dilalui oleh Khubaib sebelum dibunuh ditangan orang Quraisy adalah lebih teruk daripada apa yang dialami oleh Zaid. Sebelum beliau dibunuh, dikatakan Khubaib telah diseksa dengan begitu kejam ketika ditawan dan ditahan oleh Al Harits bin Amir bagi membalas dendam atas kematian Uqbah bin Al Harits di Perang Badar dahulu. Begitu teruk sekali Khubaib diseksa sehingga pada suatu hari beliau berkata kepada orang yang menyeksanya itu; “Orang yang terhormat tidak akan bertindak sebegini kejam terhadap orang yang ditawannya, apa tah lagi tawanannya itu bakal dibunuh tidak lama lagi.” Kata-kata Khubaib telah berjaya membuatkan orang yang menyeksanya itu terdiam dan berhenti daripada menzaliminya. Malah mereka mula melayan Khubaib dengan penuh horma