Skip to main content

Posts

Meminta Pertolongan Daripada Sesama Makhluk

DALAM pensyariatan solat al-Khauf ( الصلاة الخوف ) yang sabit melalui al-Quran dan sunnah disyariatkan supaya saling tolong menolong. Demikian juga dalam perintah Allah SWT ke atas orang-orang Mukmin supaya mengambil sikap berhati-hati dengan serangan musuh mereka. Perintah meminta pertolongan kepada makhluk ini turut dinyatakan dalam galakan Rasulullah SAW agar orang Mukmin saling membantu memenuhi hajat dan keperluan saudaranya, memudahkan kesusahan orang lain dan membantu melepaskan suatu bebanan. Bahkan, ia terdapat dalam peringatannya daripada melalaikan amalan tersebut. Hal-hal seperti ini banyak terdapat dalam sunnah. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya pula. Telah meriwayatkan Muslim dan Abu Daud serta lain-lainnya daripada Rasulullah SAW bersabda: "Allah sentiasa membantu hamba selama hamba tersebut membantu saudaranya yang lain. Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesungguhnya Allah mempun

Memohon Kepada Selain Allah SWT

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN BULAB Rejab adalah salah satu bulan suci dalam Islam. Antara yang istimewa mengenai bulan ini ialah kerana berlakunya peristiwa besar Israk dan Mikraj dalam. Pada bulan Rejan kita digalak meningkatkan amalan sebagai persiapan kedatangan Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya kita terhutang budi kepada Allah SWT kerana memperuntukkan keistimewaan hari-hari dan bulan-bulan tertentu yang mampu mengejutkan kita yang leka dengan rutin harian. Menyambung bicara tentang syafaat, sepotong hadis yang berkaitan dengannya adalah: “Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta tolong pohonlah kepada Allah”. (sebahagian hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan disahihkannya daripada Ibnu Abbas r.a secara marfu’) Masalahnya, ramai umat manusia yang salah faham tentang hadis ini. Mereka memahami hadis ini dengan maksud, tidak boleh meminta dan juga memohon pertolongan secara mutlak walau dengan apa cara dan ja

Kaedah Al-Masyaqqatu Tajlibu At-Taysiir

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: المشقة تجلب التيسير ISLAM adalah merupakan agama yang meraikan situasi dan keadaan. Umat Islam tidak akan merasa kesusahan sekiranya mereka memahami hukum-hakam Syariah Islam. Ini adalah kerana, pelaksanaan Islam adalah anjal dengan memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mempraktiskan hukum mengikut kemampuan dan keupayaan mereka, tanpa meninggalkan asas dan prinsip yang tetap. Oleh itu, Nabi SAW berpesan kepada para sahabat r.a untuk sentiasa memudahkan ketika menyampaikan dakwah agar Islam dapat diamalkan oleh semua tanpa mengalami kesulitan. Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sebenarnya, inilah kehendak Allah SWT, Iaitu apabila umatnya melakukan ibadah, mereka tidak ditimpa sebarang kesusahan dan kesulitan. Firman Allah SWT: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…

Rufaidah Jururawat Pertama Dalam Sejarah Islam

KHIDMAT jururawat ( الممرضة ) pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad ( رفيدة بنت سعد ). Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang. Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal. Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini. Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam. Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktira

Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH fiqh yang kedua adalah al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak - اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan). Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada. Ia juga bermaksud keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan keraguan atau syak. Ia berasaskan banyaknya nas yang menunjukkan apabila berlakunya syak, maka perlu kembali kepada keyakinan asal. Kaedah yang kedua ini sebenarnya mempunyai elemen yang agak sama dengan kaedah fiqh yang pertama. Persamaan antara keduanya ialah mempunyai perkaitan dengan hati. Dalam kaedah yang kedua ini terdapat dua perkara iaitu yakin dan syak. Keyakinan adalah suatu perasaan dalam hati seseorang apabila dia memperolehi kepercayaan jitu terhadap sesuatu perkara disebabkan terdapatnya qarinah atau bukti-bukti yang kukuh. Syak pula ialah sesuatu keraguan dalam hati seseorang

Nabi SAW Luka Dibaling Batu

DI KALANGAN kita sudah tentu pernah mendengar bahawa Rasulullah mengalami luka yang agak parah ketika Perang Uhud ( غزوة أحد ). Walaupun dikelilingi pahlawan Islam namun dalam satu kejadian baginda parah apabila seketul batu yang agak besar melayang tepat mengenai baginda. Batu itu dikatakan dibaling oleh pihak musuh iaitu Utbah bin Abu Waqqas - عتبة بن أبو وقاص (dalam setengah riwayat yang lain, baginda sebenarnya dipanah tepat mengenai topeng muka besi yang dipakai). Batu tersebut tepat mengenai muka baginda menyebabkan luka yang teruk walaupun baginda memakai topeng besi ketika itu. Bayangkan kuat dan besarnya batu yang dibaling sehingga topeng daripada besi itu pecah. Akibatnya serpihan batu yang pecah itu menusuk menembusi pipi Rasulullah dan sebatang gigi baginda turut patah. Baginda juga dikatakan diserang oleh seorang tentera berkuda dari pihak musuh, iaitu Abdullah bin Qamiah. Abdullah melibas pedangnya pada bahu baginda, namun tidak berhasil untuk mengoyak baju besi ap

Syafaat Nabi Sesudah Wafat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah - استغاثة (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul - توسل ; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka. Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh. Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda