Skip to main content

Istighozah Satukan Umat

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

PERSIS berada di Padang Mahsyar. Begitulah suasana Istighozah kubra di Masjid Agung An-Nur, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Jumaat lalu. Ia apabila lautan manusia yang majoritinya berjubah putih berkumpul di pekarangan masjid tersebut.

Sejak Subuh lagi, umat Islam di situ berkumpul beramai-ramai untuk bermunajat kepada Allah SWT supaya dipelihara daripada segala mara bahaya dan dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh tiga qari terkenal Indonesia diketuai oleh Kiai Prof. Dr. Said Aqil Hussein Munawwar yang juga bekas Menteri Agama Indonesia. Turut hadir, Kiai Dr. Nur Muhamad Iskandar dan Gabenor Riau, Dr. H.M. Rusli Zainal.

Rombongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir turut dijemput ke majlis ini.

Alunan ayat suci al-Quran itu amat mengasyikkan apabila mereka secara bergilir-gilir membacanya dengan bertarannum.

Dimulakan dengan lagu bayaati diikuti hijaz, soba, nahwand, ras sebelum ditutup dengan lagu bayaati.

Istighozah adalah perkataan Arab yang bermaksud meminta pertolongan. Di negara-negara Arab, istighozah bermaksud doa khusus yang diucapkan oleh seorang tokoh atau ulama.

Bagaimanapun, di Indonesia, ia difahami sebagai zikir yang dilakukan secara berjemaah dan biasanya di tempat terbuka.

Tujuannya mendapat petunjuk dan pertolongan Allah SWT.

Doa-doa yang dibaca adalah yang selalunya diamalkan oleh ahli tarekat walaupun adakalanya ia ditokok-tambah dengan doa yang lain.

Istighozah juga diisi dengan tazkirah oleh ulama yang mengajak para hadirin bermuhasabah dan kembali melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Majlis ditutup dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ulama secara berganti-ganti.

Di Indonesia, istighozah diadakan buat kali pertamanya pada 25 Disember 1997 secara terbuka di padang bola, Tambak Sari, Surabaya.

Sejak itu, majlis ini terus mendapat sambutan masyarakat dan dihidupkan oleh penduduk setempat di pelbagai daerah termasuk di Pekanbaru sejak tahun 2004.

Sementara itu, Kiai Dr. Nur Muhamad dalam tazkirahnya mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakyah mereka yang kononnya pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Sebaliknya, kata beliau, mereka sebenarnya adalah Ahli Fitnah Wal Jamaah (AFWJ) kerana berusaha memecah belahkan umat Islam.

“Mereka mendakwa sambutan Maulid Nabi itu bidaah, Israk Mikraj itu bidaah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW semasa hayatnya.

“Jika begitu pemahamannya, saya mencabar mereka supaya tunaikan haji naik unta atau kuda kerana Nabi SAW juga tidak menaiki kapal terbang ke Mekah," katanya.

Sementara itu, Kiai Dr. Said Aqil Hussein turut membidas golongan AFWJ dengan kiasan baru belajar satu atau dua kitab sudah mahu mengeluarkan fatwa.

“Saya sering bertanya kepada golongan ini di mana bidaahnya sambutan Maulid, Israk Mikraj, Awal Muharam, istighozah dan sebagainya.

“Cuba mereka hadir bersama-sama kita pada majlis begini. Baru mereka tahu. Yang kita baca adalah al-Quran, selawat dan zikir semuanya memuji Allah dan Nabi SAW,” tegasnya.

Majlis istighozah yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 umat Islam di Pekanbaru itu tamat pukul 10 pagi.

Sumber: Utusan Malaysia. Jumaat. 4/29/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para