Skip to main content

Tentera Mekah Lari Bertempiaran

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

PERANG Badar (غزوة بدر) merupakan antara ujian terbesar yang dialami oleh tentera Islam di Madinah. Lagi pula kekuatan yang dimiliki tentera kafir cukup luar biasa. Ia di luar jangkauan tentera Islam. Tetapi akhirnya kemenangan memihak kepada tentera Islam.

Dalam peperangan itu, seorang demi seorang panglima tentera Quraisy yang terkenal dengan gagah perkasa. Ini menyebabkan bala tentera golongan kafir itu hilang semangat hingga bertempiaran lari meninggalkan medan perang.

Perang Badar berakhir setelah dikatakan berlangsung hanya beberapa jam. Ia bermula daripada terbit matahari 17 Ramadan dan tamat menjelang awal tengah hari pada hari yang sama.

Sebanyak 70 orang tentera kafir Mekah yang kebanyakan adalah para pemimpin dan orang kenamaan pembesar Quraisy terkorban. Sebanyak 70 orang lagi ditawan oleh tentera Islam.

Ia melibatkan lebih kurang 15 atau 16 peratus daripada tentera Quraisy terkorban. Manakala di pihak Muslim hanya 14 yang terkorban iaitu lebih kurang empat peratus daripada kekuatan keseluruhan.

Daripada jumlah itu, enam orang adalah kalangan Muhajirin dan lapan lagi yang terkorban adalah dari kalangan puak Ansar.

Kesemua mereka ini tentunya adalah sekumpulan para syuhada pertama dalam peperangan Islam yang menempahkan diri mereka masuk ke dalam syurga Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Talhah (أبو طلحة) bahawa Nabi Muhammad kemudiannya mengarahkan kesemua mayat tentera kafir Quraisy dikumpul dan dihumbankan ke dalam sebuah perigi. Jenazah-jenazah tentera Islam dikebumikan di medan Badar itu.

Sebanyak 14 orang tentera Islam yang syahid dikuburkan di Badar. Sementara seorang lagi dikuburkan antara Badar dan Madinah iaitu dalam perjalanan pulang selepas perang.

Walaupun perang telah tamat dan tiada lagi musuh yang boleh mengancam keselamatan namun baginda dan bala tentera yang lain menunggu selama tiga hari di medan Badar sebelum pulang ke Kota Madinah.

Pada hari keempat baru baginda dan para pengikut yang lain pulang semula ke Madinah.

Sebelum pulang itu baginda sempat berdiri berhampiran dengan telaga yang telah dihumbankan ke dalamnya mayat-mayat anggota tentera kafir dan baginda pun menyeru nama-nama mereka yang mati itu berserta nama bapa-bapa mereka sambil berkata: “Sukakah kamu kalau kamu mentaati Allah dan Rasul-Nya? Sesungguhnya kami telah mendapat apa yang dijanjikan Allah kepada kami adalah benar. Maka apakah kamu mendapati apa yang dijanjikan oleh tuhan kamu kepada kamu adalah benar?” Kata Rasulullah.

Lalu sahabat baginda, Umar Al Khattab (عمر الخطاب) pun menegur: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa itu?”

Baginda pun menjawab: “Demi diri Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya, bukannya kamu yang lebih mendengar daripada mereka kerana mereka itu lebih mendengar tetapi hanya mereka tidak berupaya untuk menjawabnya sahaja!”

Sementara itu saki baki tentera musyrikin yang kalah dalam perang Badar bertempiaran lari. Mereka lari berselerakan ke merata lembah, bukit dan jalan tanpa haluan dalam keadaan yang sangat berkecamuk.

Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kekalahan teruk yang mereka alami itu dan malu yang amat sangat.

Ini kerana, penduduk kafir Mekah yakin mereka dapat mengalahkan tentera Islam dengan mudah.

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 2/3/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para