Skip to main content

Siti Aishah Perawi Hadis

APABILA bercakap soal penguasaan ilmu dan sanggup berjuang demi menegakkan Islam dan kebenaran, Ummul Mukminin Saidatina Siti Aishah Abu Bakar adalah seri kandi yang tidak sekadar isteri kepada Rasulullah. Sehingga ada disebutkan: “Sekiranya ilmu Siti Aishah dikumpulkan dan dibandingkan dengan ilmu seluruh ibu kaum Muslimin dan ilmu seluruh kaum wanita maka ilmu yang dimiliki oleh Siti Aishah adalah lebih utama.”

Tiada tandingannya penguasaan ilmu yang dimiliki oleh Siti Aishah berbanding para sahabat besar Rasulullah sendiri. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Masruq: “Aku melihat orang tua dan para sahabat besar Rasulullah bertanya kepada Siti Aishah mengenai harta warisan (ilmu faraid)”. Sebagaimana juga Atha bin Abu Rabah yang menjadi saksi bahawa Siti Aishah adalah orang yang paling mengerti di antara manusia dan paling baik pendapatnya di antara mereka.

Seorang lagi, Abu Marwah pula berkata: “Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mengerti mengenai ilmu fiqh, ubat-ubatan dan syair kecuali Siti Aishah.” Ketokohan Siti Aishah benar-benar tiada tandingannya berbanding tokoh wanita lain yang ada di dunia ini ditambah kecekalan beliau dalam menghadapi saat-saat difitnah dan pergelutan politik selepas kewafatan baginda Rasulullah.

 Lalu terukir di dalam al-Quran, bagaimana pertolongan daripada Allah membebaskan Siti Aishah dari api fitnah yang disebarkan oleh kalangan munafik bagi merosakkan nama baik beliau dan Islam.

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١١)

Ayat tersebut adalah firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap orang daripada mereka mendapat batasan atas dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang ambil bahagian terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang pedih. (an-Nur: 11)

Justeru, dapatkan fadilat yang besar apabila kita berpeluang menziarahi dan seterusnya beriktikaf di Masjid Nabawi di Madinah. Kita dianjurkan supaya solat berhampiran sebuah tiang yang dikenali sebagai Tiang Saidatina Aishah.



Seperti yang dipetik daripada buku Madinah Munawarrah - Kelebihan dan Sejarah oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (Telaga Biru, 2010), Tiang tersebut adalah yang ketiga (kedudukan) daripada mimbar (dalam Masjid Nabawi), yang ketiga daripada makam Rasulullah dan yang ketiga daripada kedudukan kiblat di dalam masjid itu. (Dalam kedudukan ketiga selepas Tiang Mukhalaqqah - Tiang Wangi, Mihrab Nabawi dan Mimbar Masjid Nabawi). Tiang itu juga dikenali sebagai Tiang al Muhajirin kerana golongan Muhajirin selalu berkumpul berdekatan dengan tiang itu.

Menurut Dr. Abdul Basit lagi, Tiang Undi juga adalah nama lain bagi Tiang Saidatina Siti Aishah ini kerana menurut Tabarani di dalam kitabnya, Al Awsat, Siti Aishah berkata, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Di dalam masjidku ini ada satu tempat yang jika manusia mengetahui mengenai kelebihannya nescaya mereka akan berkerumun di situ sehingga terpaksa cabut undi untuk mendapatkan tempat untuk bersolat di situ”.

Apabila para sahabat bertanya tempat yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu, Siti Aishah keberatan memberitahunya tetapi dipercayai beliau memberitahu anak saudaranya, Abdullah Ibnu Az Zubair mengenainya. Juga dipercayai bahawa Rasulullah pernah menjadi imam solat fardu berhampiran tiang ini selama dua atau tiga bulan sebelum berpindah ke tempat solatnya selepas pertukaran kiblat. Para sahabat seperti Abu Bakar As Siddiq, Usman bin Affan, Abdullah bin Az Zubair, Amir bin Abdullah sentiasa dilihat menunaikan solat berhampiran Tiang Saidatina Siti Aishah itu.

Namun sebagaimana disebut oleh Dr. Abdul Basit, tiang-tiang (lapan tiang utama kesemuanya termasuk Tiang Saidatina Siti Aishah) yang berada dalam kawasan Raudhah Masjid Nabawi disebut kelebihannya secara umum kerana tidak terdapat kelebihan atau fadilat khusus bagi setiap tiang itu. Oleh itu bersolatlah tanpa mengira bahagian manapun di Raudhah itu. Isteri kesayangan Rasulullah ini menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Ramadan, Tahun 58 Hijrah bersamaan 13 Julai, 678 Masihi pada usia 66 tahun.

Sumber: Berita Harian. Rabu. 24/11/2010.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para