Skip to main content

Adab Hamalah al-Quran 4.1

التيبان في آداب حملة القرآن
للإمام محي الدين أبي زكريا يحي بن شرف النووي

الباب الرابع
في آداب معلم القرآن ومتعلمه
Adab Seorang Guru al-Quran dan pelajarnya

هذا الباب مع البابين بعده هو مقصود الكتاب، وهو طويل منتشر جدا فإني أشير إلى مقاصده مختصرة في فصول ليسهل حفظه وضبطه إن شاء الله تعالى.

Bab ini dan dua bab sesudahnya merupakan bab utama dalam kitab ini. Dan bab-bab ini panjang sekali dan beraneka ragam perbahasannya. Aku berusaha untuk meringkaskannya dengan membahas hal-hal yang penting saja agar mudah dihafal dan dipahami. Insya’ Allah.

فصل

·       إخلاص نية القارئ في قراءته وتلاوته وحفظه:

أول ما ينبغي للمقرئ والقارئ أن يقصدا بذلك رضا الله تعالى قال الله تعالى:
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (٥) سورة البينة
(أي الملة المستقيمة).

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (Yakni jalan yang lurus).

وفي الصحيحين عن رسول الله صلى الله عليه وسلم:
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى.
وهذا الحديث من أصول الإسلام.

Dalam Hadith Sahih Bukhari dan Muslim, dari Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya setiap pekerjaan itu tergantung dengan niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya.

Hadith ini merupakan salah satu prinsip utama dalam Islam.

·       يعطى الرجل قدر نيته:

وروينا عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: إنما يَعْطَى الرجل على قدر نيته، وعن غيره إنما يعطى الناس على قدر نياتهم.

 Dari Ibnu ‘Abbas (r.a), beliau berkata:

Sesungguhnya setiap orang diberi menurut kadar niatnya.

Dalam Hadith lain berbunyi:

Sesungguhnya setiap manusia diberi menurut kadar niat mereka.

Maksudnya disini jikalau seorang guru mengajar al-Quran hanya kerana semata-mata mendapat duit, atau kerana ingin mendapatkan sesuatu habuan, maka kadar itulah yang mereka dapat. Sebaliknya jikalau ikhlas dan ingin mendapatkan redha Allah yang Maha Kekal, maka balasan syurga sedia menanti di akhirat kelak. Insya’ Allah.

·       ما جاء في تعريف الإخلاص:

وروينا عن الأستاذ أبي القاسم القشيري رحمه الله تعالى قال: الإخلاص إفراد الحق في الطاعة بالقصد وهو أن يريد بطاعته التقرب إلى الله تعالى دون شيء آخر من تصنع لمخلوق أو اكتساب محمدة عند الناس أو محبة أو مدح من الخلق أو معنى من المعاني سوى التقرب إلى الله تعالى، قال: ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل عن ملاحظة المخلوقين.

Telah berkata Abu Qasim al-Qusyairi (r.h): 
Ikhlas itu berniat mengesakan Allah dalam ketaatan. Iaitu hanya menginginkan dengan ketaatannya itu mendekatkan diri kepada Allah tanpa ada maksud dan tujuan yang lain seperti mendapat nama dari makhluk atau untuk mendapatkan pujian dari manusia atau supata dicintai oleh orang dan tujuan-tujuan yang lain dari mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Katanya lagi; Ikhlas itu bersih perbuatan dari mendapat perhatian manusia.

وعن حذيفة المرعشي رحمه الله تعالى: الإخلاص استواء أفعال العبد في الظاهر والباطن.
وعن ذي النون رحمه الله تعالى قال: ثلاث من علامات الإخلاص استواء المدح والذم من العامة ونسيان رؤية العمل في الأعمال واقتضاء ثواب الأعمال في الآخرة.

Dari Huzaifah al-Mar‘asyi (r.h):
Ikhlas adalah sama perbuatan seorang hamba dari segi zahirnya dan batinnya.

Dan dari Zunnun (r.h):
Tiga tanda dari alamat ikhlas ialah; (1) seimbang antara celaan dan pujian yang didapat dari masyarakat, (2) melupakannya memandang perbuatan dalam setiap perbuatannya yakni tidak menilik perbuatan baiknya, (3) dan hanya mengharapkan balasan dari perbutaanya di akhirat.


Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para