Skip to main content

Posts

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Bir Maunah, Satu Tragedi

Susunan SITI AINIZA KAMSARI KELUARAN lalu menceritakan Abdullah bin Unais ( عبد الله بن أنيس ) yang mempamerkan kehebatannya tersendiri apabila hanya secara solo dapat membunuh Khalid bin Sufyan al Hudzali ( خالد بن سفيان الهذلي ), musuh Rasulullah yang sekali gus menjadi musuh kepada Islam. Malangnya kejayaan itu disusuli dengan dua peristiwa duka menimpa umat Islam apabila Rasulullah kehilangan ramai sahabat dan para pengikut termasuk mereka yang hafiz al-Quran dan para pendakwah yang baik. Kedukaan menyebabkan Rasulullah melakukan Qunut Nazilah ( قنوت نازلة ) selama 30 hari mengiringi setiap solat baginda. Sebenarnya apa sahaja peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam seharusnya diketahui oleh umat Islam pada hari ini. Namun apabila berlakunya Peristiwa Syuhada Perigi Ma’unah atau Bir Maunah ( بئر معونة ) dan Peristiwa Maa’ Al Raji’ - ماء الرجيع (Air Al Raji’), ia merupakan antara peristiwa yang tidak boleh luput dalam ingatan umat Islam. Kedua-duanya

Karamat Para Sahabat

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN KEISTIMEWAAN Rasulullah SAW dan karamat para wali adalah jenis yang sama dari aspek hukum dan naqal (periwayatannya), yakni kita tidak perlu bersikap ketat dan tegas dalam meriwayatkannya sebagaimana yang dilakukan dalam soal hukum halal dan haram. Keistimewaan dan karamat hanya berkisar di sekitar manaqib (biografi) seseorang dan kelebihannya. Oleh sebab itu, pendirian Sheikh Ibnu Taimiyyah ( ابن تيمية ) mengenai karamat para wali, sama dengan pendiriannya tentang keistimewaan Nabi Muhammad. Bahkan, beliau juga mengutip dan menaqalkan di dalam kitab-kitabnya, sejumlah contoh karamat para wali dan perkara-perkara yang mencarik adat yang pernah terjadi pada permulaan Islam (zaman sahabat r.a). Jika kita mengkaji tentang darjat hadis-hadis yang menyebut mengenai perkara tersebut, sanad-sanad dan jalan-jalan penetapannya, nescaya kita akan mendapati antara hadis-hadis itu ada yang sahih, hasan dan daif - الضعيف ; d