Skip to main content

Posts

Jadual Kuliah Surau Gelong Bilal

Jadual Kuliah Surau Al-Ikhwan Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu. HARI WAKTU PENCERAMAH AHAD SUBUH Ust. Kamaruzzaman Abdullah MAGHRIB Ust. Azhar Idrus ISNIN SUBUH Ust. Alias Abu Bakar MAGHRIB Ust. Kamaruzzaman Abdullah SELASA SUBUH Ust. Wan Shukairi Abdullah ZOHOR Ust. Azhar Idrus (untuk muslimat) MAGHRIB Ust. Ahmad Shah Mohd RABU SUBUH Ust. Ahmad Shah Mohd MAGHRIB Ust. Ismail Dagang KHAMIS SUBUH Ust. Wan Ahmad Zuki MAGHRIB Penceramah Jemputan JUMAAT SUBUH Ust. Syed Abu Bakar MAGHRIB Ust. Wan Junaidi SABTU SUBUH Ust. Kamal Ali MAGHRIB Ust. Aidil Adha

Tentera Mekah Lari Bertempiaran

Susunan SITI AINIZA KAMSARI PERANG Badar ( غزوة بدر ) merupakan antara ujian terbesar yang dialami oleh tentera Islam di Madinah. Lagi pula kekuatan yang dimiliki tentera kafir cukup luar biasa. Ia di luar jangkauan tentera Islam. Tetapi akhirnya kemenangan memihak kepada tentera Islam. Dalam peperangan itu, seorang demi seorang panglima tentera Quraisy yang terkenal dengan gagah perkasa. Ini menyebabkan bala tentera golongan kafir itu hilang semangat hingga bertempiaran lari meninggalkan medan perang. Perang Badar berakhir setelah dikatakan berlangsung hanya beberapa jam. Ia bermula daripada terbit matahari 17 Ramadan dan tamat menjelang awal tengah hari pada hari yang sama. Sebanyak 70 orang tentera kafir Mekah yang kebanyakan adalah para pemimpin dan orang kenamaan pembesar Quraisy terkorban. Sebanyak 70 orang lagi ditawan oleh tentera Islam. Ia melibatkan lebih kurang 15 atau 16 peratus daripada tentera Quraisy terkorban. Manakala di pihak Muslim hanya 14 yang terkorban iaitu

Bertawassul Dengan Hak Para Nabi

PADA minggu ini, kita menyambung semula perbahasan kita tentang isu tawassul, suatu persoalan yang boleh menjadi punca kekeliruan dalam masyarakat. Penentangan sesetengah pihak terhadap tawassul boleh menjerumuskan mereka kepada sikap merendah-rendah kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri Rasulullah SAW dan para ulama pewaris baginda. Ini bukannya suatu kegelinciran yang kecil. Oleh itu, wajarlah kita menghabiskan sedutan tentang perbahasan isu ini dari kitab Mafahim ( مفاهيم يجب أن تصحح ) karya al-Allamah al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki ( السيد محمد بن السيد علوي المالكي ). Disebut di dalam manaqib (biografi) Fatimah binti Asad ( فاطمة بنت أسد ), bonda Saidina Ali ibn Abu Talib r.a ( علي بن أبي طالب ), bahawa setelah beliau wafat, Rasulullah SAW sendiri menggali lubang lahadnya dan mengeluarkan tanah dengan tangannya. Apabila telah selesai, Rasulullah SAW masuk ke dalam lubang tersebut dan berbaring di dalamnya. Kemudian Rasulullah SAW berdoa: “A

Dilema Abu Ubaidah Bunuh Bapa Sendiri

Susunan SITI AINIZA KAMSARI DALAM perang Badar ( غزوة بدر ) banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti yang berlaku terhadap Bilal ( بلال بن رباح ) yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf ( أمية بن خلف ). Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara. Walaupun mereka mempunyai hubungan darah dan persaudaraan tetapi disebabkan mahu menegakkan Islam, masing-masing terpaksa menghadapi situasi yang tidak ubahnya seperti ditelan mati mak, diluah mati bapa. Cinta terhadap Islam mengatasi segala-galanya hatta terpaksa membunuh bapa sendiri. Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah ( عبيد الله الجرة ) yang terpaksa membunuh bapanya sendiri, Abdullah Al Jarrah ( عبد الله الجرة ). Tetapi, ia bukan sesuatu yang diseng

12 Rabiulawal Juga Tarikh Nabi Wafat

SOALAN: Ada pandangan bahawa kita tidak boleh terlalu asyik menyambut 12 Rabiulawal sebagai hari keputeraan baginda SAW kerana pada tarikh tersebut juga baginda wafat. Benarkah pandangan ini? JAWAPAN: Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga Kami juga diberi (wahyu) sama seperti Yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah”. Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah Yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) Yang diberikan-Nya itu. orang-orang Yang melakukan perbuatan Yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa Yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya Yang mereka lakukan. (al-An’am: 124) وَإِذَا جَاءَتْهُمْ آيَةٌ قَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ حَتَّى نُؤْتَى مِثْلَ مَا أُوتِيَ رُسُلُ اللَّهِ اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ سَيُصِيبُ الَّذِينَ أَجْرَمُوا صَغَارٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا كَانُوا يَمْكُرُونَ (١٢٤)

Atikah Wakaf Seluruh Hartanya

ATIKAH [ عتيقة ] termenung. Kehidupan mewah di istana, dan dikelilingi dayang-dayang, tidak mampu menenangkan perasaannya. Ada perkara yang menggusarkan hatinya. Pagi ini, fikirannya diasak dengan masalah keluarga Abu Sufyan [ أبو سفيان ], ahli keluarganya juga. Dia hidup dengan mewah di istana, sedangkan keluarga Abu Sufyan hidup miskin dan melarat. Di manakah perasaan belas kasihannya? Apakah tidak ada sifat pemurah dalam dirinya? Bukankah dirinya seorang wanita dihormati dan berilmu tinggi? Apakah ilmu yang tinggi itu tidak mampu mendorongnya bagi membantu mereka? Selama ini, bukannya Atikah tidak pernah bersedekah kepada ahli keluarganya yang miskin. Pernah. Boleh dikatakan kerap juga dia mendermakan hartanya kepada mereka. Tetapi, nilai sedekah itu kecil sekiranya dibandingkan dengan hartanya yang melimpah-ruah. Harta Atikah memang banyak. Dia mewarisi harta dari ayahnya, Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan [ يزيد بن معاوية بن أبي سفيان ] yang mengambil alih tugas khalifah darip

Puteri Dan Isteri Khalifah

PADA suatu pagi, Ummu Kalsum [ أم كلثوم ] bermain seorang diri. Abangnya, Hasan dan Husin sudah keluar, tidak diketahuinya ke mana mereka pergi. Ayahnya, Ali bin Abi Talib pula sudah keluar sejak awal pagi lagi bagi mencari nafkah. Ibunya, Fatimah az-Zahra sudah lama meninggal dunia. Tinggallah Ummu Kalsum bersendirian, menunggu kepulangan ayah dan abang-abangnya. “Wahai Ummu Kalsum, ke mana kedua abangmu?” Ali yang baru pulang bersuara apabila melihat Ummu Kalsum saja di rumah. “Saya tidak tahu, ayah. Barangkali, abang-abang pergi rumah makcik Asma’ bermain dengan Muhammad, Aun dan Abdullah,” jawab Ummu Kalsum dengan fasih. “Mengapa kamu tidak pergi ke sana bersama mereka? Tentu kamu sunyi tinggal di rumah,” kata Ali lagi. “Tidak mahulah, ayah. Mereka semua lelaki, saya perempuan,” jawab Ummu Kalsum. Ali tersenyum mendengar jawapan puteri kesayangannya itu. Nampaknya, Ummu Kalsum semakin matang sekarang kerana sudah ada sifat malu dalam dirinya pada kaum lelaki. Ali teringat pa