Susunan SITI AINIZA KAMSARI SELEPAS lapan hari menunggu, akhirnya yang dinanti tidak kunjung tiba. Tentera Quraisy yang kononnya hendak membalas kekalahan mereka di Perang Badar pertama dahulu, tidak tampil di medan Perang Badar ke II. Dengan membiarkan tentera Islam tertunggu-tunggu,mereka sebaliknya berpatah balik ke Mekah. Selepas mendapati pihak Quraisy tidak ‘berani’ berhadapan dengan tentera Islam, Rasulullah memerintahkan para pengikut dan anggota tentera supaya pulang ke Madinah. Walaupun seperti membuang masa sahaja, namun sekurang-kurangnya tentera Islam pulang dengan kejayaan iaitu membawa untung yang besar ekoran berniaga di Bazar Badar. Berhubung dengan peristiwa itu, Allah menurunkan wahyu kepada nabi yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan rasul-Nya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka d