Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sirah

Mubaligh Islam Disambut Dengan Perang

Susunan SITI AINIZA KAMSARI ROMBONGAN mubaligh yang ingin berdakwah ke Najd, tidak menyangka mereka akan menjadi serangan Amir bin Tufail. Setelah Haram bin Milhan dibunuh anggota rombongan itu kini tinggal 69 orang. Mereka dikepung segenap penjuru apabila Amir Tufail turut mendapat bantuan anggota kabilah-kabilah yang lain untuk menyerang rombongan itu. Dikatakan kabilah-kabilah lain itu terdiri daripada Bani Sulaim, Bani Ushayyah, Bani Ri'al dan Bani Zakwan yang dijanjikan upah lumayan jika dapat membantu Amir. Maka terjadilah pertempuran kecil namun sengit antara mereka dengan jumlah musuh jauh lebih ramai berbanding rombongan mubaligh itu. Walau jumlah kecil, rombongan pendakwah Islam tetap memberi tentangan hebat. Mereka sama sekali tidak menyerah, kecuali menyerah diri kepada Allah supaya pendirian tidak akan berubah untuk bertindak belot jika semata-mata mahu menyelamatkan diri. Malangnya, rombongan Islam itu tidak mampu bertahan. Di akhir seran

Penulisan Sejarah Dalam Islam

Salah satu peninggalan ilmu terpenting dalam Islam ialah penulisan sejarah atau historiografi. Sejak pertengahan abad kedua, penulisan sejarah, baik riwayat hidup Nabi Muhammad SAW mahupun maklumat lain telah dimulakan oleh para penulis Islam. Salah satu karya terkenal adalah Sirah Ibnu Ishaq karya Muhammad bin Ishaq bin Yasar [ محمد بن إسحاق بن يسار ] (m. 768) yang kemudian disemak oleh Ibnu Hisyam [ ابن هشام ] (m. 833). Buku ini lebih dikenali dengan nama Sirah Ibnu Hisyam. Sebagai tokoh yang istimewa di kalangan pengikutnya, Nabi Muhammad SAW menjadi pusat tumpuan penulis Islam. Riwayat hidup baginda telah dimulakan oleh para ahli hadis sejak pengumpulan tutur kata dan perbuatan Nabi Muhammad (hadis). Inilah pengasas historiografi Islam. Daripada penulisan riwayat hidup ini, penulis Islam beranjak kepada penulisan riwayat hidup para sahabat, tabiin dan generasi selanjutnya. Penulisan ini menjadi salah satu cabang ilmu terpenting dalam perbahasan hadis. Para ula

Bir Maunah, Satu Tragedi

Susunan SITI AINIZA KAMSARI KELUARAN lalu menceritakan Abdullah bin Unais ( عبد الله بن أنيس ) yang mempamerkan kehebatannya tersendiri apabila hanya secara solo dapat membunuh Khalid bin Sufyan al Hudzali ( خالد بن سفيان الهذلي ), musuh Rasulullah yang sekali gus menjadi musuh kepada Islam. Malangnya kejayaan itu disusuli dengan dua peristiwa duka menimpa umat Islam apabila Rasulullah kehilangan ramai sahabat dan para pengikut termasuk mereka yang hafiz al-Quran dan para pendakwah yang baik. Kedukaan menyebabkan Rasulullah melakukan Qunut Nazilah ( قنوت نازلة ) selama 30 hari mengiringi setiap solat baginda. Sebenarnya apa sahaja peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam seharusnya diketahui oleh umat Islam pada hari ini. Namun apabila berlakunya Peristiwa Syuhada Perigi Ma’unah atau Bir Maunah ( بئر معونة ) dan Peristiwa Maa’ Al Raji’ - ماء الرجيع (Air Al Raji’), ia merupakan antara peristiwa yang tidak boleh luput dalam ingatan umat Islam. Kedua-duanya