Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Tentera Quraisy Batal Hasrat Ke Badar

Susunan SITI AINIZA KAMSARI SELEPAS lapan hari menunggu, akhirnya yang dinanti tidak kunjung tiba. Tentera Quraisy yang kononnya hendak membalas kekalahan mereka di Perang Badar pertama dahulu, tidak tampil di medan Perang Badar ke II. Dengan membiarkan tentera Islam tertunggu-tunggu,mereka sebaliknya berpatah balik ke Mekah. Selepas mendapati pihak Quraisy tidak ‘berani’ berhadapan dengan tentera Islam, Rasulullah memerintahkan para pengikut dan anggota tentera supaya pulang ke Madinah. Walaupun seperti membuang masa sahaja, namun sekurang-kurangnya tentera Islam pulang dengan kejayaan iaitu membawa untung yang besar ekoran berniaga di Bazar Badar. Berhubung dengan peristiwa itu, Allah menurunkan wahyu kepada nabi yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan rasul-Nya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka d

Lapan Hari Tunggu Musuh

Susunan SITI AINIZA KAMSARI SETELAH selesai mengerjakan solat asar secara khauf, Rasulullah dan seluruh anggota tentera bersedia menghadapi musuh daripada dua kumpulan bangsa Arab iaitu Bani Muharib dan Bani Tsalabah. Namun dikatakan pihak musuh membatalkan niat menyerang malah bertempiaran lari menyelamatkan diri setelah melihat kekuatan tentera Islam. Bukan jumlah anggota yang ramai yang ditakutkan tetapi ikatan perpaduan, hubungan kuat dan erat yang ditunjukkan telah menimbulkan rasa gerun pihak musuh. Di samping ketokohan dan kepimpinan Rasulullah yang unggul, memberikan isyarat jelas kepada pihak musuh bahawa baginda bukan seorang yang mudah untuk dilawan dan dikalahkan. Peristiwa itu dikenali sebagai Perang Zatur Riqa atau disebut juga sebagai Perang Al Ajib. Selesai Perang Zatur Riqa, baginda memasuki satu lagi perang dengan nama yang cukup besar, iaitu Perang Badar II. Sebelum ini ia dikenali sebagai Badar Al Kubra tetapi kali ini lebih dikenali