Skip to main content

Berundur Ke Bukit Uhud


 Susunan SITI AINIZA KAMSARI

KITA maklum bahawa Perang Uhud berakhir dengan kekalahan di pihak Islam. Ia turut menyaksikan 70 tentera Islam gugur di medan Uhud berbanding 22 orang di pihak musuh.

Antara yang terkorban ialah Saidina Hamzah Abdul Mutalib (حمزة بن عبد المطلب). Beliau dibunuh secara curi oleh Wahsyi (وحش). Ia seolah-olah terbalas sudah dendam tentera Quraisy kerana ketika Perang Badar angka korban pihak mereka juga sama iaitu 70 orang.

Sejarah kekalahan umat Islam di medan Uhud pastinya tidak akan dapat diubah. Namun di pihak musuh, mereka tidak begitu meraikan kemenangan itu.

Ini kerana bagi mereka musuh yang paling dikehendaki iaitu Nabi Muhammad SAW tidak berjaya dihapuskan.

Sekalipun mereka menang, tetapi selagi baginda masih hidup kemenangan itu tidak ada ertinya. Kedudukan dan kepentingan mereka akan tetap tergugat selagi baginda masih hidup.

Namun bagaimana sebenarnya suasana ketika berakhirnya Perang Uhud?

Dikisahkan bahawa tekanan dan serangan semakin hebat dilancarkan terhadap tentera Islam. Baginda Rasulullah mengambil strategi berundur secara teratur ke Bukit Uhud bagi meredakan tekanan dan serangan kaum kafir.

Ia juga bagi memberi masa baginda menyusun taktik dan strategi menyerang balas.

Dengan didahului Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pembawa panji-panji dan bendera Islam, baginda membelah jalan di tengah-tengah kaum musyrikin yang mengambil kesempatan itu untuk menyerang baginda.

Begitupun semua serangan itu dapat dipatahkan oleh pahlawan-pahlawan Islam yang sentiasa memastikan supaya baginda tidak lagi cedera.

Akhirnya mereka mengalah untuk menyerang baginda kerana sentiasa dikawal dan dilindungi para pahlawan itu.

Ini memudahkan baginda dan para pengikutnya terus menuju Bukit Uhud.

Ketika sampai di bukit itu, Rasulullah agak sukar untuk mendakinya kerana keadaan yang berbatu-batu ditambah baginda mengenakan dua lapis baju besi. Tentu sahaja dalam keadaan yang masih cedera, baginda tidak berdaya melepasi batu-batu tersebut.

Lalu seorang sahabat, Thalhah bin Ubaidillah (طلحة بن عبيد الله) meminta baginda memijak kedua-dua belah bahunya lalu diangkatnya baginda sehingga melepasi batu itu bagi memudahkan baginda melangkah dan meneruskan pendakian.

Rasulullah pun berkata: “Thalhah sangat patut mendapat syurga!”

Ketika baginda akhirnya berjaya mendaki dan berada di puncak bukit Uhud, kaum musyrikin yang menyedari mengenai kedudukan baginda cuba melancarkan serangan terhadap baginda.

Ibnu Ishaq (ابن إسحاق) berkata: “Ketika Rasulullah berada di bukit Uhud itu tiba-tiba sebahagian tentera kaum Quraisy cuba mengejar baginda dan 10 orang tentera mereka juga mendaki bukit dengan dipimpin oleh Abu Sufyan dan Khalid bin Walid”.

Saat itu baginda pun berdoa: “Ya Allah, janganlah sampai mereka berjaya mengekori kami sehingga ke sini!”.

Namun mereka berjaya memburu Rasulullah sehingga di puncak Bukit Uhud yang menyebabkan para sahabat yang berada bersama baginda terpaksa bertempur dan menghalau musuh dari puncak bukit itu.

Seorang lagi sahabat, Saad bin Abi Waqqas (سعد بن أبي وقاص), tidak sahaja bertanggungjawab melindungi Rasulullah tetapi pada masa sama membalas serangan yang dikira di kubu pertahanan terakhir baginda.

Saad memang layak digelar pahlawan sejati. Segala-galanya dapat dilakukan dalam satu masa. Tidak sahaja beliau melibas pedang sehingga ada tentera Quraisy yang tergolek jatuh dari cerun Bukit Uhud itu malah dia juga tidak berhenti-henti memanah ke arah musuh-musuh yang menyerang.

Tentangan hebat oleh Saad itu akhirnya menyebabkan Abu Suffian (أبو سفيان) mengambil keputusan menghentikan serangan dan mengarahkan pasukannya berundur sahaja selepas mereka gagal membunuh Rasulullah.

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 8/6/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para