Skip to main content

Hanzalah Berjihad Walau Baru Nikah

SEORANG lagi pahlawan Islam yang jihad bermati-matian ketika Perang Uhud (غزوة أحد) ialah Anas bin Nadhar (أنس بن نضر). Beliau tidak dapat menyertai Perang Badar (غزوة بدر) sebelum ini kerana masih terlalu muda.

Tetapi apabila dibenarkan turut serta dalam Perang Uhud, beliau sangat gembira tanpa sedikit pun bimbang nyawanya melayang.

Anas mempamerkan kejantanan dan semangat juang yang sangat tinggi di Perang Uhud apabila berjaya membunuh ramai kafir Quraisy.

Namun akhirnya Anas mati syahid. Namun dikatakan beliau sempat mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat, iaitu Saad bin Muaz (سعد بن معاذ) sebelum mengakhiri nafasnya.

“Tujuanku (syahid) sudah tercapai wahai sahabatku Saad. Aku sudah terbau bau syurga yang sangat harum semerbak di kaki bukit Uhud ini. Selamat tinggal Saad, selamat tinggal,” ujar Anas.

Seorang lagi pahlawan Uhud yang mempunyai kisah yang menyentuh perasaan ialah Hanzalah Al Ghasil bin Abu Amir (حنظلة الغسيل بن أبو عامر). Hanzalah dikatakan baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang sangat jelita.

Namun tatkala mendengarkan seruan berjihad di Medan Uhud, Hanzalah dikatakan terus bergegas meninggalkan isteri dalam dakapannya semata-mata untuk menyahut seruan jihad.

Apabila berhadapan dengan musuh di medan perang, Hanzalah mempamerkan daya juang yang sangat menggerunkan musuh dengan membunuh ramai di kalangan anggota tentera Quraisy sehingga membuka jalan kepada beliau yang akhirnya berjaya berhadapan dengan Abu Suffian bin Harb (أبو سفيان بن حرب), ketua panglima perang Quraisy.

Hanzalah dikatakan hampir berjaya membunuh Abu Suffian tetapi Allah lebih memilih beliau untuk syahid apabila Hanzalah ditetak dengan kuat sehingga mati oleh seorang pengikut Abu Suffian, Syaddah bin Al Aswad (شدة بن الأسود) yang kebetulan ternampak cubaan untuk membunuh Abu Suffian itu.

Hanzalah syahid dan jenazahnya ditemui seusai perang dalam keadaan basah seluruh badannya.

Rasulullah menjelaskan bahawa Hanzalah baru sahaja dimandikan oleh para malaikat kerana semasa beliau keluar berperang, Hanzalah masih dalam keadaan berjunub.

Lalu dalam riwayat Hanzalah terkenal dengan gelaran Al Ghasil (الغسيل) yang bermakna dimandikan oleh para malaikat.

Namun Rasulullah sendiri juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang pahlawan yang tidak sahaja berlawan malah mampu mengalahkan musuh.

Dalam satu peristiwa ketika berlangsung perang itu, iaitu di saat-saat akhir sebelum perang tamat, telah tersebarnya berita kononnya Rasulullah terkorban.

Namun apabila mendapat tahu baginda sebenarnya masih hidup, seorang anggota tentera di pihak musuh bernama Ubai bin Khalaf (أبي بن خلف) terjerit-jerit mencari baginda Rasulullah.

“Di mana orang yang mengaku dirinya itu seorang nabi? Andai dia seorang yang berani, keluarlah bertarung dengan aku, satu lawan satu sehingga salah seorang terkorban.

“Di manakah Muhammad? Aku sendiri malu untuk meneruskan hidup jika membiarkan si Muhammad ini terus hidup,” kata Ubai dengan sombong dan bongkak.

Mendengarkan cabaran Ubai itu, ramai pahlawan dan sahabat baginda yang menawarkan diri untuk membunuh Ubai bagi pihak baginda.

Namun baginda meminta diberi ruang untuk baginda sendiri berhadapan dengan Ubai.

Sebaik sahaja Ubai melihat kemunculan baginda maka tanpa ditunggu-tunggu lagi dia pun terus memacu kudanya dengan deras untuk menyerang baginda.

Lalu baginda pun meminta sebilah lembing yang sedang dipegang oleh Harith bin Syimmah (حارث بن شمة). Sebaik sahaja Ubai semakin menghampiri baginda maka dengan pantas dan sekuat-kuat tenaga baginda melontarkan lembing itu ke arah Ubai.

Lembing itu tepat sasarannya mengenai leher Ubai sehingga tembus. Ubai mati tersungkur dalam keadaan berlumuran darah.

Sumber: Utusan Malaysia. Rabu. 11/5/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para