Skip to main content

Bilal Muazin Pertama



Bilal bin Rabah atau nama lengkapnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi (بلال بن رباح الحبشي) dikenali dengan dengan gelaran Muazin Ar-Rasul (مؤذن الرسول).

Beliau memiliki tubuh yang tinggi, kurus, kulitnya berwarna coklat, pelipisnya tipis dan rambutnya lebat. Ibunya pula adalah hamba kepada Ummayyah bin Khalaf (أمية بن خلف) dari Bani Jumuh (بني جمح).

Apabila mendengar Islam daripada risalah yang dibawa Rasulullah, beliau menemui baginda dan mengikrarkan dirinya memeluk agama Islam.

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid (خديجة بنت خويلد), Abu Bakar As-Siddiq (أبو بكر الصديق), Ali bin Abi Talib (علي بن أبي طالب), Ammar bin Yasir (عمار بن ياسر) serta ibunya Sumaiyyah (سمية), Suhaib Ar-Rumi (صهيب الرومي) dan Al-Miqdad bin Al-Aswad (المقداد بن الأسود).

Bilal pernah diseksa oleh Umayyah malah membiarkannya di tengah gurun padang pasir selama beberapa hari.

Sebahagian besar kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung daripada kekejaman golongan musyrikin kecuali Bilal dan Ammar bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib.

Oleh kerana itu mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.

Dengan kepanasan matahari di padang pasir, beliau diseksa sambil perutnya diikat dengan batu besar. Lehernya pula diikat dengan tali. Beliau diseret oleh orang-orang kafir bersama anak-anak mereka di antara bukit-bukit di Mekah.

Ketika diseret, Bilal dengan tenang mengucapkan kata “Ahad… Ahad” (أحد..أحد) malah beliau menolak mengucapkan kata-kata kufur.

Tidak cukup dengan penyeksaan itu, golongan musyrikin menanggalkan pula pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemur beliau di bawah panas terik cahaya matahari.

Malah mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad.

Selepas kejadian itu, Abu Bakar memerdekakan Bilal dengan membelinya daripada Umayyah dengan harga sembilan tahil emas. Umayyah sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membeli.

Umayyah berkata: “Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membeli dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas.”

Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: “Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas.”

Setelah hijrah, azan disyariatkan dan Bilal mengumandangkan azan. Beliau adalah muazin pertama dalam Islam kerana memiliki suara yang sungguh lunak.

Bilal juga pernah menjawat jawatan sebagai bendahara Rasulullah di Bait Al-Mal malah beliau juga tidak pernah menolak daripada mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah.

Ketika perang Badar, apabila melihat Umayyah dan Bilal berkata: “Aku tidak akan selamat jika Umayyah selamat.”

Dengan pertolongan beberapa pasukan kaum muslimin mereka berjaya membunuh Umayyah.

Pada saat pembebasan Kota Mekah, Rasulullah menyuruh Bilal mengumandangkan azan di belakang Kaabah. Ia merupakan azan yang pertama dikumandangkan di Mekah.

Rasulullah pernah bertanya kepada Bilal: “Hai Bilal, ceritakanlah kepadaku mengenai amalan yang menurutmu paling besar pahalanya yang pernah kamu kerjakan dalam Islam.”

Lalu Bilal menjawab: “Aku tidak pernah mengerjakan amalan yang menurutku besar pahalanya, tapi aku tidak wuduk di waktu malam dan siang, melainkan aku menunaikan solat yang diwajibkan bagiku mengerjakannya.”

Setelah Rasulullah wafat, Bilal meminta izin kepada Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah dan berjuang di jalan Allah. Abu Bakar menyarankan agar Bilal terus menetap di Madinah. Bilal menetap di sana dan akhirnya beliau bergabung bersama pasukan yang diutus untuk membebaskan wilayah Syam.

Beliau meriwayatkan 44 hadis antaranya, nabi bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu menunaikan solat malam (tahajud), kerana solat malam adalah tradisi (kebiasaan) orang-orang soleh sebelum kamu, dan sesungguhnya solat malam adalah amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, dapat mencegah daripada perbuatan dosa, mengampuni dosa-dosa kecil, dan menghilangkan penyakit badan (riwayat Tirmidzi).”

Bilal dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah dan ada riwayat menyebut bahawa beliau dimakamkan di Halb (الحلب).

Sumber: Utusan Malaysia. Selasa. 29/3/2011.

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para