Skip to main content

Adab Hamalah al-Quran 3

التيبان في آداب حملة القرآن
للإمام محي الدين أبي زكريا يحي بن شرف النووي

الباب الثالث
في إكرام أهل القرآن والنهي عن أذاهم
Memuliakan Ahli al-Quran Dan Larangan Mengganggu Mereka

قال الله عز وجل: وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ (٣٢) سورة الحج

…dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.

وقال الله تعالى: ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ...۝ سورة الحج: 30

Itulah yang wajib dipatuhi dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya.

وقال تعالى: وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (٢١٥) سورة الشعراء

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

وقال تعالى: وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (٥٨) سورة الأحزاب

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.

وفي الباب حديث أبي مسعود الأنصاري وحديث ابن عباس المتقدمان في الباب الثاني.

Masuk dalam bab ini adalah Hadith Abū Mas’ūd al-Anṣārī dan Ibnu ‘Abbās yang telah disebutkan dalam Bab Kedua.

·       من إجلال الله تعالى إكرام حامل القرآن العامل به:

وعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

إن من إجلالِ الله تعالى إكرام ذِي الشَّيْبَةِ المسلم وحامِلِ القرآن غير الغاَلِي فيه والجافي عنه وإكرام ذي السلطان المُقْسِطِ.

(رواه أبو داود وهو حديث حسن)

Berkata Abu Musa al-Ash’ari (r.a) bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Salah satu dari cara membesarkan Allah ialah menghormati orang tua yang muslim, memuliakan orang yang menghafaz al-Quran yang tidak berlebihan dalam mengamalkannya dan tidak meninggalkan ajaran al-Quran dan akhir sekali memuliakan pemerintah yang adil.

(HR Abu Daud, Hadithnya Hasan)

Ingatlah wahai para Huffaz janganlah khianati penghormatan masyarakat kepada anda. Jangan rasuah, jangan khalwat dengan anak orang dan jangan menjadi tali barut thaghut.

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: أمرنا رسول الله أن نُنْزِلَ الناس مَناَزِلَهُمْ.

(رواه أبو داود في سننه والبزار في مسنده قال الحاكم أبو عبدالله في علوم الحديث هو حديث صحيح)

Dari Aisyah (r.a) katanya:

Rasulullah SAW memerintah kita agar menempatkan manusia sesuai dengan kedudukannya.

(HR Abu Daud dalam Sunannya dan al-Bazzar dalam Musnadnya; berkata al-Hakim Abu ‘Abdillah dalam Ulum al-Hadith bahawa Hadith ini sahih)

وعن جابر بن عبدالله رضي الله عنه: أن النبي كان يجمع بين الرجلين مِنْ قَتْلَى أُحُدٍ ثم يقول أيهما أكثر أخذاً للقرآن فإن أُشِيْرَ إلى أحدهما قَدَّمَهُ في اللحد.

(رواه البخاري)

Dari Jabir bin Abdullah (r.a) berkata:

Bahawasanya Nabi SAW dahulu mengumpulkan dua orang yang gugur dalam perang Uhud, kemudian bertanya; “Siapa yang paling banyak menghafal al-Quran diantara kedua lelaki ini?” Jika ditunjuk salah satunya maka didahulukan penguburannya.

(HR al-Bukhari)

وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل قال: من آذى لِي وليا فقد آذنته بالحرب.
(رواه البخاري)

Dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Siapa yang menyakiti seorang waliku, maka Aku menyatakan perang dengan orang itu.”

(HR al-Bukhari)

وثبت في الصحيحين عنه صلى الله عليه وسلم أنه قال: من صلى الصبح فهو في ذِمَّةِ الله تعالى فلا يَطْلِبَنَّكُمُ الله بشئ من ذِمَّتِهِ.

Terdapat dalam Sahihain bahawasanya Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang solat Subuh maka dia telah masuk dalam perlindungan Allah SWT. Maka janganlah sampai kamu dituntut Allah kerana mengganggu orang yang di dalam perlindunganNya.

(HR Muslim, Hadith ini tiada dalam Sahih al-Bukhari bahkan Imam Nawawi berkata dalam “Riyadul al-Salihin” Hadith itu hanya terdapat dalam Sahih Muslim)

·       تعريف الشافعي وأبي حنيفة للوليّ:

وعن الإمامين الجليلين أبي حنيفة والشافعي رضي الله عنهما قالا: إن لم يكن العلماء أولياء الله فليس لله ولي.
Dari Dua Imam yang mulia, Abu Hanifah dan al-Syafi’i (r.a):

Jika bukan ulama yang menjadi wali Allah, maka Allah tidak mempunyai wali.

·       قول ابن عساكر فيمن تعدي على العلماء:

قال الإمام الحافظ أبو القاسم بن عساكر رحمه الله: اعلم يا أخي وفقنا الله وإياك لمرضاته وجعلنا ممن يخشاه ويتقيه حق تقاته أن لحوم العلماء مسمومة، وعادة الله في هتك أستار منتقصيهم معلومة، وأن من أطلق لسانه في العلماء بالثلب ابتلاه الله تعالى قبل موته بموت القلب.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٦٣) سورة النور

Berkata al-Imam al-Hafiz Abu Qasim Ibnu ‘Asakir (r.a):

Ketahuilah wahai saudaraku - semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua ke dalam keredhaanNya dan menjadikan kita golongan orang-orang yang bertaqwa. Bahawasanya daging ulama itu beracun. Sebagaimana diketahui bahawa Allah akan mengoyak penutup orang-orang yang menghina mereka (ulama) dan sesiapa saja yang melepaskan lidahnya dengan tujuan menghina para ulama. Sesungguhnya mereka telah Allah jadikan hatinya mati sebelum datangnya ajal mereka.

Ertinya: Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (63)

Comments

Popular posts from this blog

Kitab Qawaid Fiqhiyyah

Pengasasnya ialah Imam Abi Zaid al-Dabusi ( الإمام أبي زيد الدبوسي ). Wafat pada tahun 430H. Akan tetapi pada masa itu kaedah masih bercampur-campur sehinggalah dipecah-pecahkan oleh ulama kemudiannya. Al-Dabusi tidak menggelarnya sebagai qawaid akan tetapi kaedahnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan. Asalnya sebanyak 85 kaedah. Kaedah tersebut diperbaharui oleh para ulama Hanafiah sehinggalah sekitar kurun ke-5 dan ke-6 datang Imam Nasafi mensyarahkan Qawaid Kurkhi [ ا لقواعد الكرخي ]. Akan tetapi ia bukan dari Hanafiah kerana Imam Nasai bermazhab Syafie. Kemudian sehingga kurun mendatang baru muncul kaedah-kaedah baru yang dibentang oleh para ulama r.h. Antara kitab Qawaid Fiqhiyyah ( القواعد الفقهية ) yang masyhur ialah: 1. Kitab [ قواعد الأحكام في مصالح الأنام ] oleh Imam ‘Izzi Abdul Aziz bin Abdul Salam al-Syafie ( الإمام عز الدين عبد العزيز بن عبد السلام السلمي الشافعي ). Wafat tahun 616H. Kitab ini juga dikenali dengan nama [ القواعد الكبرى ] dan satu lagi dinamai [

Kaedah Al-Umuru Bi Maqasidiha

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN KAEDAH Fiqh ( قاعدة الفقه ) yang pertama ialah Al-Umuru Bi Maqasidiha ( الأمور بمقاصدها ) yang bermaksud (setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat). Sebenarnya, kaedah ini dikemukakan oleh para ulama dengan merujuk kepada nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab ( عمر الخطاب ): Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” Melalui hadis ini, kita dapat memahami bahawa niat mempunyai kedudukan yang sangat pen

Kaedah Al-Dhararu Yuzal

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN قاعدة: الضرر لا يزال ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu, jika diamati al-Quran dan sunnah, kita akan dapati bahawa sesungguhnya hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah, timbulnya hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Biasanya, apabila terjadinya sesuatu yang mudarat itu, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat mengalami kesusahan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam kehidupannya. Mudarat sebenarnya adalah ancaman yang mengundang bahaya dalam kehidupan manusia. Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para